TechSemut Malaysia

Adakah Ayam Jantan Diperlukan Untuk Ayam Betina Bertelur?

Adakah Ayam Jantan Diperlukan Untuk Ayam Betina Bertelur?

Adakah Ayam Jantan Diperlukan Untuk Ayam Betina Bertelur?
Jun 13
16:02 2018

Bila kita beli telur dikedai, bolehkah kita eram telur tersebut untuk mendapatkan seekor ayam? (Jimat sikit dari beli anak ayam atau ayam hidup.. hehe)

Related image

Tidak boleh. Agak mustahil telur tersebut menetas dan menghasilkan anak ayam jika dieram berapa lama sekalipun.

Kenapa pula?

Telur yang dihasilkan oleh ayam-ayam telur biasanya adalah telur yang tidak disenyawakan. Malah, jika kita melawat ladang ayam telur, jarang sekali terdapat ayam jantan bersama dengan ayam-ayam betina yang bertelur setiap hari tersebut!

Ya.

Ayam betina tidak memerlukan ayam jantan untuk menghasilkan telur yang kita makan saban hari.

BAGAIMANA AYAM MENGHASILKAN TELUR?

Seperti kebanyakan haiwan peringkat tinggi, ayam betina mempunyai ribuan ovum dalam ovarinya.

Related image

Imej pelbagai peringkat perkembangan ovum dalam ovari ayam. (Cornell University – Poultrymed)

Ayam dewasa yang sedia untuk bertelur (berusia lebih kurang 6 bulan) akan mempunyai beberapa ovum yang mula berkembang (mature) untuk menjadi sesuatu yang kita panggil ‘kuning telur’. Setiap ovum ini terkandung dalam lapisan folikelnya sendiri.

Image result for reproductive system of chicken

Apabila ovum yang berkembang ini sedia untuk melalui fasa berikutnya, ia akan dibebaskan ke saluran oviduct melalui infundibulum (macam ovum dilepaskan ke tiub falopio dalam manusia).

Image result for hen reproductive anatomy

Di sepanjang saluran inilah selalunya persenyawaan akan terjadi jika terdapat ayam jantan yang melepaskan spermanya kedalam cloaca ayam betina.

Pernahkah anda melihat bahagian kecil berwarna putih ditengah-tengah kuning telur?

Ia adalah satu sel ovum yang dipanggil ‘blastodisc’. Jika berlaku persenyawaan dengan sperma ayam jantan, bahagian inilah yang akan berkembang menjadi gugusan sel blastoderm. Kemudian, ia akan bertumbuh menjadi embrio ayam dan menetas menjadi anak ayam setelah cukup waktunya telur dieram diluar.

Image result for hen egg blastoderm

Haiwan mamalia seperti kucing, arnab, tikus (atau manusia) mengamalkan viviparity, dimana embrio membesar dalam tubuh ibu dan mendapat nutrisi dari plasenta sehingga lahir.

Dalam haiwan seperti ayam, telur yang tersenyawa akan dikeluarkan dari tubuh ibu dan membesar dengan nutrisi dari kuning telur (yolk) sehingga menetas.

APA YANG BERLAKU JIKA TIADA PERSENYAWAAN?

Tanpa persenyawaan dengan sperma,  kuning telur tadi tetap berkembang menjadi sebiji telur. Sama seperti telur yang disenyawakan. Tiada bezanya jika dilihat dengan mata kasar.

Image result for hen egg blastoderm

Kuning telur ini akan bergerak disepanjang oviduct. Ia akan mula disaluti albumin yang kita kenali sebagai putih telur. Membran luar yang poros tetapi utuh mengelilingi telur.

Image result for chicken ovum

Telur seterusnya akan disaluti dengan lapisan kulit kalsium yang keras di uterus. Telur yang telah lengkap akan dikeluarkan dari uterus melalui cloaca.

Maka, dapatlah kita buat telur mata kerbau buh atas maggi goreng!

Image result for maggi goreng telur mata

Jangan risau jika dapat telur yang disenyawakan. Ia mengambil masa 2-3 minggu sebelum menetas.

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com