Apple Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan penawaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia buat masa ini. Namun, hari ini, pihak 11Street telah mula mengumumkan pra-tempahan untuk kedua-dua peranti ini yang turut hadir dengan jaminan rasmi Apple Malaysia selama setahun.

Apple iPhone 8

Untuk makluman, hanya set rasmi yang menawarkan jaminan rasmi Apple Malaysia, sementara set import biasanya tertakluk kepada jaminan dari negara jualannya.

Menurut 11Street, iPhone 8 akan dijual pada harga bermula RM3649, sementara iPhone 8 Plus akan dijual pada harga bermula RM4149. Mereka telah memulakan pra-tempahan, dan mengatakan set akan mula dihantar bermula 30 Oktober kelak.

Harga jualan untuk model dan variasi storan berbeza masih tidak diumumkan buat masa ini oleh 11Street.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.