Adakah Mereka Remaja Prodigi Era Digital?

Ketika berusia 17 tahun, Nick D’Aloisio, telah membangunkan sebuah aplikas yang dikenali sebagai Summly, ketika sedang mengulangkaji untuk peperiksaan percubaan GCSEs pada tahun 2011. Aplikasi tersebut kemudiannya mendapat perhatian Yahoo! dan syarikat pencarian gergasi tersebut, menawarkan $30 juta kepada Nick.

Menurutnya, Nick mula belajar pengaturcaraan ketika berusia 12 tahun. Tambanya lagi, beliau di lahirkan pada zaman internet diperkenalkan dan hanya mengenali dunia sebagai dunia berinternet.

Anda mungkin berkata, remaja tersebut dari negara barat dan cara pendidikannya tidak sama. Hakikatnya, negara kita juga mempunyai bakat-bakat yang mampu membangunkan sebuah aplikasi mahupun perisian yang canggih.

Pada 2017, seorang remaja berusia 13 tahun  Ahmad Zulfadzli Khamidi dari Kuching, Sarawak, berjaya membangunkan aplikasi buku teks digital dalam masa kurang dari 2 minggu. Tidak lama selepas itu, beliau mendapat pengiktirafan selepas menang tempat pertama kategori Junior Hack Weekend KCH bersempena Forum Belia TEGAS 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14 Oktober lepas.

Hendak menyatakan pendidikan di Malaysia kurang mendedahkan pelajar kepada pengaturcaraan adalah tanggapan yang salah. Bekas Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pengintegrasian modul pemikiran komputasional dan subjek ASK dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2016.

Modul ini diperkenalkan kepada murid Tahun Satu dan ASK untuk pelajar Tingkatan Satu dan Empat, sebagai usaha mendedahkan mereka dengan kemahiran teknologi digital seperti pengekodan, algoritma dan penyelesaian masalah.

Sekolah Swasta seperti Maktab Rendah Sains MARA telah lama memperkenalkan Subjek Sains Komputer yang diajar kepada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima, di mana asas-asas pengaturcaraan BASIC adalah antara salah satu topik wajib.  Tidak terhenti disitu, pelajar-pelajar matrikulasi aliran sains mendalami asas-asas pengaturcaraan C dimana Sains Komputer adalah subjek Teras yang wajib lulus.

Pengaturcara Muda Tanahair

Sumber Gambar: FB Jomlaunch

Baru-baru ini, JomLaunch 6 telah mengetengahkan 5 pengaturcara muda. Mereka berlima telah membentangkan projek-projek masing-masing yang mereka bangunkan. Anda pasti terjekut dengan apa yang mereka hasilkan.

Cuba anda layari laman web ini, www.trackr.my. Tahukah anda penciptanya, Akif Rabbani hanya berumur 17 tahun ketika membangunkannya. Kini berusia 21 tahun, Akif telah membentang projek terkininya di JOMLAUNCH v6.0 baru-baru ini dengan projek Kobis Network, dan juga telah membentang projek berkenaan cryptocurrency di Dubai.

Satu-satunya Certified Unity Developer termuda di Malaysia yang berusia 18 tahun, Haikal Izzuddin. Beliau membangunkan dan menerbitkan game ala Civilization dengan kerjasama programmer luar negara. Beliau membentang projeknya di JOMLAUNCH v6.0 dengan kerangka untuk membina game berasaskan peta.

Baca temuramah Otakit Bersama Haikal Izzuddin.

Seorang lagi remaja belasan tahun yang membangunkan sebuah permainan video, Amirul Radzi. Beliau  memilih untuk belajar programming secara online daripada pergi ke universiti. Beliau telah menerbitkan game FPS (first person shooter) sendiri Perfect Plan di platform Steam, sebuah platform gaming yang terkemuka. Malah beliau juga terpilih untuk mendapat bimbingan daripada Steam sendiri.

Baca temuramah Otakit Bersama Amirul Radzi.

Muhammad Firdaus Ali, belum tamat sekolah menengah tetapi begitu mahir dengan Joomla malah turut serta dalam pelbagai meetup dan conference, yang rata-rata dihadiri mereka yang lebih berusia. Turut serta dalam pelbagai hackathon.

Pernah buka laman speedtest.net? Itu yang dibangunkan oleh Akmal Hazim yang telah mencuri perhatian di JOMLAUNCH dengan projek BenchPoint.io. Ia dibangunkan dengan pelbagai teknologi web, yang rata-rata belum dikuasi malah graduan universiti sendiri. Dan untuk pengetahuan anda, Akmal berusia 13 tahun.

Self Taught Era Digital

Sumber gambar: FB Page Joomlaunch

Seperti Nick D’Aloisio yang lahir zaman internet diperkenalkan, remaja-remaja seperti mereka adalah generasi procipta, yang lahir daripada kecanggihan era digital dan teknologi maklumat. Lebih-lebih lagi dengan adanya YouTube, lebih ramai golongan remaja berbakat muncul.

Mereka belajar sendiri (self taught) dari video-video tutorial yang adakalanya, lebih lengkap dan terkini daripada silibus yang diajar di peringkat Universiti. Malah anda boleh belajar sendiri bagaimanana untuk mengkod atau mengahsilkan sebuah aplikasi mudah alih sepantas 30 hari. Lebih pantas daripada anda melanjutkan pelajaran di Universiti yang mengambil masa 3 hingga 4 tahun.

Apabila Steve Jobs memperkenalkan iPhone 10 tahun yang lalu maka bermulalah satu budaya baru yang dikenali sebagai Startup Culture yang membina pelbagai aplikasi dari aplikasi untuk meningkatkan produktiviti sehingga aplikasi permainan video game. Rata-ratanya adalah dibangunkan oleh anak-anak muda.  Ia terpacu apabila App Store mula diperkenalkan kepada dunia. Anak-anak muda berlumba-lumba untuk membina aplikasi untuk dimasukkan kedalam App Store.

Jika App Store tidak wujud, kebarangkalian besar Ahmad Zulfadzli tidak akan membina aplikasinya. Dari situ juga, ramai anak muda mula mencari pelabur dan Angel Investor untuk membiayai syarikat.

Kita bernasib baik kerana Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan terdahulu telah melihat satu peluang besar dalam memperkasakan budaya ICT. Dana-dana telah diperuntukan dan disalurkan melalui Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk melebarkan lagi budaya ini.

Banyak program telah dianjurkan oleh MDEC, MaGIC dan banyak lagi institusi kerajaan dan swasta untuk membina ekosistem ICT dan syarikat permulaan dikalangan remaja-remaja di negara ini. Diharap kerajaan pimpinan baru akan meneruskan dan mengembangkan lagi budaya ICT dan syarikat permulaan yang banyak memberikan manfaat kepada negara khususnya golongan-golongan remaja procipta.

sumber artikel : otakit.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.