Adakah Nokia 9 PureView Akan Kelihatan Seperti Ini?

Kita sebelum ini telah melihat beberapa info mengenai telefon mercu berjenama Nokia, iaitu Nokia 9 hadir ke arena web. Ia telah diperkatakan mungkin dinamakan sebagai Nokia 9 PureView, dan terdapat ura-ura mengatakan ia akan menawarkan pelbagai sensor kamera pada bahagian belakang.

Nokia 9 PureView

Kini, selari dengannya, @Onleaks yang pernah berkongsi sejumlah gambar peranti sebelum pelancaran, turut memperlihatkan beberapa gambar Nokia 9 PureView yang bakal dilancarkan.

Gambaran peranti ini hadir berdasarkan kepada CAD peranti berkenaan. Ini bermakna, rekaan akhir peranti berkenaan mungkin sedikit berbeza, tetapi gambar ini memperlihatkan rekaan kasar untuknya.

Nokia 9 PureView

Nokia 9 PureView

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HMD Global akan melancarkannya secara rasminya. Mungkin kita akan melihat ia hadir pada tahun ini, atau pada awal tahun hadapan kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.