Berita Menarik

Adakah ookyo tawaran terbaru dari Maxis?

Pembaca : 9
0 0
Share Button

Prabayar atau Pascabayar, kenapa tak dibayar? Ini perkara yang diiklankan oleh ookyo, sebuah penyedia rangkaian mudahalih maya (MVNO) yang dilihat baru sahaja muncul di Malaysia. Pengguna boleh menerima kredit Google Play dengan menggunakan servis ookyo (disebut oo-kee-oh).

ookyo menyatakan mereka menggunakan rangkaian Maxis untuk liputan dan capaian, termasuk rangkain 4G. Terdapat dua pelan yang ditawarkan ookyo, pek hiburan (entertainment) atau pek sosial (social). Kedua-dua pelan ini dikenakan kadar RM30 sebulan.

Kesemua pelan ookyo menerima penggunaan data WhatsApp, LINE, WEchat dan Facebook Messenger berkelajuan tinggi, percuma dan tanpa had. Apa yang berbeza di antara dua pelan ini adalah, pelan sosial memberi tambahan penggunaan aplikasi sosial tanpa had iaitu Facebook, Twitter, Instagram, Pinterest, Kakao Talk dan Snapchat. Manakala pelan entertainment sebenarnya lebih fokus kepada strim muzik, memberi data tanpa had untuk aplikasi seperti Spotify, Joox, Musical.ly, Smule, Bigo, 9gag dan Shazam.

Dari tawaran ini, ookyoo dilihat seperti prabayar. Tetapi ia memerlukan pengguna mendaftar bersama kad debit atau kad kredit, kerana pengguna akan dicaj setiap bulan sebelum kitaran seterusnya. Masih prabayar, kena bayar sebelum guna. Cara seperti ini, sama seperti TuneTalk +VIBE. Untuk panggilan dan SMS, ia dikenakan kadar 15 sen bagi 30 saat panggilan, dan 15 sen setiap SMS.

Tetapi ookyo nampaknya tidak boleh digunakan pengguna iOS, ataupun lebih tepat lagi tidak berguna untuk iPhone. Pertama, kerana ia memberi rebat 10% untuk setiap pembelian, dalam bentuk kredit Google Play. Kedua, semua penggunaan data tanpa had, hanya berlaku menerusi aplikasi ookyo yang hanya terdapat di Google Playstore.

Aplikasi ookyo ini sangat penting dipasang di dalam peranti pengguna, kerana aplikasi ini memiliki tetapan VPN khas, yang menjadi gerbang buat data aplikasi tanpa had. Menurut ookyo, tanpa aplikasi ini dan kebenaran penggunaan VPN, data akan dicaj dalam penggunaan biasa kuota 3GB.

Jika disemak dengan lebih teliti, ookyo dilihat dimiliki oleh Maxis. Perkara ini dapat dilihat dari nota kaki yang menyatakan Copyright © 2017 Maxis Bhd (867573-A). Semakan whois juga menyatakan ia didaftarkan oleh Maxis Communications Berhad. Mungkin Maxis mahu memperkenalkan jenama serba baru selain Hotlink.

ookyo menyatakan semua urusan dibuat secara digital, tidak perlu ke stor fizikal. Jadi pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.ookyo.com.my. Tetapi pastikan anda bersedia dengan kad debit/kredit sebelum mendaftar.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.