Berita Menarik

Adakah rawatan OZONE THERAPY mendatangkan manfaat ataupun mudharat?

Pembaca : 14
0 0

Beberapa tahun ini masyarakat di tanah air kita telah diperkenalkan dengan satu cara rawatan alternatif yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi. Malah ia dipopularkan lagi dengan artis yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Cara Rawatan yang dimaksudkan adalah Ozone Therapy. Ada beberapa pusat rawatan ini dikendalikan oleh doktor klinik swasta sendiri dan ada juga pusat yang menyediakan rawatan ini secara haram kerana ketiadaan doktor yang berdaftar. Tetapi perlu diketahui bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penglibatan doktor dengan perkhidmatan ozon terapi.

Perkhidmatan Ozone therapy mempunyai pelbagai kaedah sebagai contoh

  • Extracorporial Blood Oxygentation and Ozonation(EBOO) – Memasukkan Gas ozone ke dalam darah
  • Rectal Ozone therapy- Memasukkan gas ozone ke dalam tempat buang air besar
  • Intramascular Ozone therapy – Memasukkan gas ozone terus ke dalam otot
  • Dan berbagai lagi

Cara rawatan ozone therapy yang terkenal di Malaysia adalah Extracorporial Blood Oxygenation and Ozonation(EBOO).

 Gambar menunjukkan seorang pesakit yang sedang menjalankan ozon terapi

Cara ini melibatkan pengeluaran darah daripada badan melalui saluran vena yang membawa darah yang kekurangan oksigen. Kemudian darah ini akan dimasukkan ke dalam satu penapis ataupun ruang di mana gas ozon(O3) akan dicampurkan ke dalam darah. Disamping itu, ubat pencair darah seperti heparin akan dimasukkan sekali ke dalam darah tersebut untuk mengelakkan darah drpd membeku.

Berlainan pula bagi Haemodylasis. Darah di keluarkan daripada Fistula yang dibuat oleh doktor bedah agar kuantiti darah yang dikeluarkan adalah banyak dan tidak terhenti supaya saluran darah tidak tersumbat.

Darah ini akan dimasukkan ke dalam saluran yang mempunyai satu lapisan yang separa telap. Ianya akan membenarkan kompaun-kompaun kecil seperti urea, creatinine, ion sodium, ion potassium dan sebagainya untuk merentasi lapisan tersebut. Sel darah berserta kompaun yang besar seperti protein dan sebagainya tidak akan dapat merentasi lapisan tersebut.

Hasilnya bahan buangan yg berbahaya seperti urea dan creatinine dapat dikeluarkan daripada badan. Malah ia dapat menyeimbangkan ion seperti potassium dan sodium di dalam badan.

Ada beberapa saintis yang percaya bahawa ozone therapy dapat memberi kebaikan pada manusia jika pemberiannya dapat dikawal mengikut dose dan cara yang betul.

Selain daripada itu, kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan peningkatkan enzyme yg dapat bertindak sebagai antioxidant di dalam darah. Malah ia dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah untuk diberikan kepada tisu yang mempunyai kekurangan oksigen. AKAN TETAPI, kebanyakkan kajian tersebut hanyalah berasaskan eksperimen di dalam makmal. Dan ada juga kajian yg dilakukan kepada manusia adalah kajian yg tidak dikawal dengan betul pemboleh ubahnya dan menggunakan ‘method’ yg tidak meyakinkan.

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu ketika mana menjalani rawatan Ozone therapy ini. Kami ada mengambil beberapa point yang telah diterangkan oleh FB page Pseudoscience Watch.

1) WARNA PUTIH DALAM DARAH ITU ADALAH KOLESTEROL?

Sebelum ini, pihak ozon terapi selalu mengatakan perkhidmatan mereka mampu membuang kolesterol. Buktinya adalah bahan putih yang dikeluarkan daripada darah itu dikatakan sebagai kolesterol. Tetapi betul ke?

Sebenarnya, apabila darah dikeluarkan daripada saluran darah, satu proses yang dinamakan sebagai ‘Coagulation Cascade’(Pembekuan darah) akan bermula. Ia melibatkan proses yang kompleks seperti penggumpalan platlet, pengumpulan fibrin dan sebagainya sehingga ia menjadi darah yg beku. Proses ini penting untuk mengelakkan pendarahan daripada dalam badan kita.

Warna putih yang keluar daripada salur darah merupakan darah yang sedang membeku. Bukan kolesterol

Begitulah yang berlaku ketika mana ozon terapi berjalan. Ketika darah dikeluarkan dan masuk ke dalam tiub mesin ozon, darah akan membeku membentuk satu gumpalan yang berwarna kuning yang merupakan hasil daripada pembekuan darah

2) Bagaimana darah yang beku tadi boleh cair semula?

Darah tersebut akan dicampurkan dengan satu ubat yang berfungsi untuk mencairkan darah iaitu heparin.

Sama seperti di dalam rawatan hemodylasis(cuci darah). Ubat ini akan dimasukkan ke dalam darah, supaya darah tidak akan membeku. Lebihan darah yang sudah beku akan ditapis oleh penapis mesin ozone tersebut dan dibuang

Jadi ozon terapi tidaklah mengeluarkan toksin mahupun kolesterol daripada mesin tersebut.

3) Waktu keluarkan darah daripada badan warnanya gelap. Tetapi setelah darah keluar daripada mesin ozone therapy ianya menjadi cerah semula. Toksin dah keluar daripada darah ke?

Ozone therapy menyedut darah daripada saluran darah vena yg mempunyai ‘deoxygenated blood’  iaitu darah yang kekurangan oksigen. Seperti yang kita belajar dalam subjek sains waktu sekolah dahulu, darah yang kekurangan oksigen berwarna gelap. Manakala darah yang mempunyai oksigen pula berwarna cerah.

Ketika mana darah melalui mesin ozon, ‘deoxygenated blood’ daripada pesakit akan dimasukkan dalam satu ruang dimana gas ozone berserta oksigen akan dicampurkan ke dalam darah. Ini menyebabkan kuantiti oksigen dalam darah tersebut meningkat dan menyebabkan warna darah tersebut menjadi cerah.

Oleh itu, darah menjadi  tersebut menjadi cerah disebabkan oksigen yang dimasukkan. Bukan disebabkan toksin dikeluarkan daripada darah

Darah sebelum dan selepas ozon terapi. Darah tersebut menjadi cerah disebabkan ia dimasukkan gas oksigen. Bukan disebabkan toxin yang keluar

4) Menggunakan kaedah himpitan pada tiub untuk menggerakkan darah

Dalam rawatan Ozone therapy, mereka menggunakan kaedah himpitan pada tiub untuk menggerakkan darah dan kaedah ini boleh sedikit sebanyak pemecahan sel darah merah.

Ketika mana sel darah merah pecah, unsur potassium yang berada di dalam sel darah merah akan keluar. Ini menyebabkan kandungan potassium di dalam darah menjadi tinggi. Keadaan ini dinamakan sebagai Hyperkalemia.

Apabila kandungan potassium dalam darah meningkat ia boleh mengganggu denyutan jantung dan boleh menyebabkan jantung berhenti. Perkara ini boleh berakhir dengan kematian

Berbeza di dalam rawatan homeodylasis, ia masih menggunakan kaedah himpitan untuk menggerakkan darah. Tetapi darah tersebut akan masuk ke dalam saluran yang mempunyai dinding separa telap. Ini akan mengeluarkan ion potassium yang berlebihan di dalam darah.

Dan ingin saya beritahu, salah satu rawatan untuk mengurangkan potassium yang tinggi di dalam darah adalah menggunakan Hemodialysis.

Contoh mesin Hemodialysis yang digunakan di hospital mahupun di pusat hemodialysis

5) Keberkesanan Ozone Therapy?

Autohemotherapy merupakan salah satu ozon therapy yang telah digunakan dalam masyarakat lebih kurang 40 tahun. Tetapi keberkesanannya masih lagi belum diuji dengan baik. Kesan sampingannya pula tidak dikaji dengan begitu teliti.

Kementerian kesihatan Malaysia ada membuat ‘Review’ berkenaan mesin ini. Mereka ada mendapati beberapa kes yang boleh mendatangkan kesan yang berbahaya kepada pesakit seperti Thromboembolism yang menyebabkan kematian

Kementerian Kesihatan telah membuat pantaun terhadap ozon terapi ini dan memberi kesimpulan bahawa masih tiada lagi bukti kuat bahawa ia berkesan dalam banyak rawatan penyakit dan keselamatannya diragukan. Sumber: Health technology assessment by Ministiry of Health

Ini menyebabkan Ozone therapy masih lagi tidak diterima pakai di dalam bidang perubatan moden. Dalam laporan tersebut juga menyatakan bahawa tiada lagi kajian yang benar-benar meyakinkan berkenaan dengan manfaat Ozone secara klinikal terhadap manusia

Keratan akhbar daripada New Strait Times yang menunjukkan KKM tidak bersetuju dengan perkhidmatan ozon therapy

Pegawai perubatan berdaftar tidak boleh terlibat dengan Ozone therapy

Pada tahun 2011, satu surat pekeliling daripada Malaysian Medical Council telah dikeluarkan dan melarang penglibatan pegawai perubatan untuk melibatkan diri daripada rawatan ozone therapy.

Tiada lagi pekeliling terbaru berkenaan perkara ini. Maka, arahan itu masih lagi terpakai hingga sekarang

Surat yang dikeluarkan daripada MMC yang melarang keterlibatan pegawai perubatan dalam rawatan ozon terapi. Sumber: http://www.mmc.gov.my/images/contents/ethical/PRESS_RELEASE-_ozone_and_chelating_therapy_2.pdf

Penggunaan Heparin di dalam rawatan Ozone therapy

Heparin merupakan salah satu ubat kategori B di dalam buku formulari ubat KKM. Bermaksud, ubat ini hanya boleh diberikan oleh pegawai perubatan berdaftar sahaja.

Perbuatan pusat Ozone therapy yang tidak mempunyai sebarang pegawai perubatan tetapi masih beroperasi untuk memberi heparin ketika rawatan ozone therapy telah menyalahi arahan yang telah diberikan KKM.

Manakala, perbuatan pegawai perubatan yang masih melakukan rawatan ozone therapy pula telah melanggar pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Malaysian Medical Council. Perbuatan ini boleh menyebabkan lesen seseorang pegawai perubatan itu digantung ataupun ditarik balik.

Mengikut garis panduan yang telah dibuat oleh KKM, heparin terletak sebagai ubat dalam kumpulan B iaitu hanya doktor perubatan sahaja yang boleh memberikan ubat tersebut. Sumber: GARIS PANDUAN FORMULARI UBAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Heparin merupakan ubat yang terletak dalam kumpulan B. Sumber: Formulari Ubat Kementerian kesihatan

Bagaimanakah hendak berhadapan dengan rawatan seperti Ozone therapy?

Di dalam kaedah fiqh ada satu konsep yang dipanggil sebagai Ad dharar Yuzal(Kemudharatan perlu dihapuskan). Bila berhadapan dengan rawatan seperti ini kita kena melihat 2 perkara benda yang mendatangkan mudharat dan juga kebaikkan yang dia dapat daripada menjalani perkara tersebut.

Apabila menjalani rawatan ini sesorang itu mungkin akan mempunyai sistem imun yang lebih kuat dan tisu yang kekurangan oksigen akan mendapat oksigen yang mencukupi. Walaubagaimana pun, perkara tersebut belum lagi dapat dibuktikan dengan kajian yang benar-benar boleh digunapakai.

Tetapi apabila seseorang itu menggunakan rawatan ini, ia boleh mendapat komplikasi sehingga menyebabkan kematian. Sebelum ini ada kes mereka yang terkena serangan sakit jantung ketika mana melakukan rawatan ini.

Oleh itu, Kemudharatannya lebih berat berbanding faedah yang tidak lagi terbukti.

Menjauhi rawatan seperti ini merupakan sesuatu yang lebih baik mengikut kaedah fiqh.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science

sumber : rootofscience.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.