Adobe sedia menamatkan sokongan untuk Flash Player pada 31 Disember 2020, dan tidak lagi menawarkan kemaskini untuknya lagi. Ia adalah salah satu langkah dalam usaha menamatkan penggunaan kandungan berasaskan Flash di web, sekaligus mengurangkan ancaman sekuriti dan sebagainya.

Lanjutan daripadanya, kini bermula 12 Januari 2020, Adobe telah mula menghalang semua kandungan Flash daripada dijalankan pada Flash Player.

Ini tertakluk kepada pengguna yang masih mempunyai Flash Player terpasang pada komputer mereka.

Bagi anda yang masih mempunyai Flash Player terpasang pada komputer, anda digalakkan untuk nyah-pasang Flash Player, sekaligus lebih melindungi sistem komputer anda.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.