Adobe sedia popular dengan perisian Photoshop mereka untuk memudahkan penyuntingan gambar. Ia digunakan secara aktif pada desktop, namun pada peranti mudah-alih, aplikasi alternatif seperti Pixelmator, dan Affinity lebih popular.

Namun, hal ini dijangka berubah tidak lama lagi. Menurut Bloomberg, Adobe dijangka melancarkan versi penuh aplikasi Photoshop untuk iPad tidak lama lagi.

Adobe iPad

Pengenalan aplikasi Photoshop untuk iPad semestinya akan menambah lagi jumlah pengguna perisian berkenaan – selain pada masa yang sama membuatkan ramai pereka grafik turut mendapatkan iPad sebagai salah satu peranti alternatif.

Ia dikatakan langkah terbaru Adobe ini adalah dalam usaha menawarkan perisian mereka pada pelbagai peranti – dan menyelarikan penawaran kandungan menggunakan sokongan awam.

Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai Photoshop untuk iPad pada acara Adobe MAX bulan Oktober kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.