Adobe Mengumumkan Project Rush – Penyunting Video Semua-Dalam-Satu, Untuk Semua Peranti

Adobe sedia mempunyai beberapa penawaran untuk penyuntingan video, termasuk Premiere Pro, After Effects, dan juga Audition. Hari ini, mereka turut mengumumkan sebuah lagi perisian baru khusus untuk penyuntingan video yang mengabungkan pelbagai kelebihan daripada perisian penyunting video sedia ada Adobe, dinamakan Project Rush.

Adobe Project Rush

Adobe dilihat memfokuskan penawaran Project Rush ini untuk mereka yang menghasilkan kandungan untuk YouTube, dan inginkan sesuatu penyunting video yang menawarkan hasil yang profesional.

Melalui Project Rush, ia memudahkan proses penyuntingan, mempercepatkan sejumlah tugasan biasa, dan menariknya boleh dilakukan menggunakan sebarang jenis peranti.

Secara kasar, ia dilihat Adobe memfokuskan sebuah penawaran seumpama iMovie kepada pengguna, sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan perisian mereka dalam penyuntingan dan penghasilan kandungan kreatif.

Adobe dijangka melancarkan Project Rush ini dalam beberapa bulan ini. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat untuk mengujinya dalam bentu beta. Adobe akan menawarkan ia untuk Windows, Mac, iOS dan juga Android.

Layari : Adobe Project Rush

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.