TechSemut Malaysia

Agensi Angkasa Eropah (ESA) bercadang membina perkampungan di bulan pada tahun 2020

Agensi Angkasa Eropah (ESA) bercadang membina perkampungan di bulan pada tahun 2020

Agensi Angkasa Eropah (ESA) bercadang membina perkampungan di bulan pada tahun 2020
Januari 26
15:00 2017

gfbfnf

Sebuah persidangan baru-baru ini yang dihadiri seramai 200 ahli saintis dan pakar-pakar kejuruteraan daripada 28 buah negara telah bercadang membina sebuah perkampungan di bulan. Kampung ini akan dibina menggunakan pencetak 3D dan akan didiami para angkasawan yang menjejakkan kaki ke sana. Persidangan tersebut dinamakan Moon 2020-2030 – A New era of coordinated human & robotic exploration yang telah diadakan di Netherland.

Agensi Angkasa Eropah (ESA) ingin menjadikan bulan sebuah tempat persinggahan sebelum angkasawan dapat mengembara ke planet Mars. Jika ESA dapat merealisasikan perkara ini, mereka dapat mengurangkan kos sebanyak 10 bilion dolar setahun bagi menjelajah sistem solar. Proses membina perkampungan ini dijangka bermula pada tahun 2020 nanti.

Idea ini telah berjalan semenjak tahun 2013 lagi. Pada waktu itu penyelidikan telah dijalankan bagi mengenal pasti bahan yang sesuai untuk membina perkampungan tersebut. Kini mereka telah membuat keputusan untuk menggunakan regolith (tanah di bulan) sebagai bahan binaan. Namun regolith ini perlu dicampur dengan magnesium oksida dan sejenis garam terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan untuk dicetak. Saintis menganggarkan keseluruhan struktur akan dapat disiapkan hanya dalam masa seminggu sahaja.

Via : Space.com

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Sumber : www.sciencenazi.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com