Sumber di muka bumi semakin berkurangan dan dalam masa beberapa generasi ia bakal habis dilombong sekiranya langkah lestari tidak diambil. Ramai mula memandang angkasa lepas untuk mencari planet yang ingin dikoloni. Tetapi teknologi tujahan roket yang wujud sekarang menjadikan perjalanan ke planet paling hampir mengambil masa tujuh bulan lamanya.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah menggunakan enjin roket berkuasa nuklear. Agensi Angkasa Lepas United Kingdom telah mengumumkan mereka turut berminat untuk membangunkan enjin ini. Oleh itu mereka bekerjasama dengan Roll-Royce untuk mengkaji kebolehgunaan enjin roket nuklear. Ramai mungkin menyedari Rolls-Royce mempunyai kepakaran kerana sebelum ini membina reaktor nuklear untuk kapal selam milik Royal Navy.

Projek ini menyerupai projek  Ultra Safe Nuclear Technologies (USNC-Tech) yang konsepnya dikongsi kepada NASA pada Oktober tahun lalu. Perbezaan roket kimia dengan nuklear terletak pada kecekapan bahan api dibakar. Dengan kecekapan yang lebih tinggi, untuk bahan api hidrogen yang sama tujahan yang lebih tinggi boleh dihasilkan. Dianggarkan perjalanan ke Marikh dapat dipendekkan ke tiga bulan – pengurangan lebih 50%.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.