Ahli Ekonomi Mengatakan Hanya Orang Kaya Sahaja Yang Menggunakan iPhone Dan iPad

Melabelkan seseorang itu kaya biasanya kita lihat cara pemakaian, aksesori seperti jam tangan atau juga jenis kereta yang dinaiki. Tetapi dengan trend telefon pintar, gajet yang digunapakai adalah tanda untuk lihat jika seseorang itu kaya atau tidak. Di Amerika Syarikat – laporan mengatakan hanya orang kaya sahaja yang menggunakan iPhone dan iPad.

Laporan ini ditulis oleh University of Chicago dan Biro Penyelidikan Ekonomi Negara USA. Ahli ekonomi mengatakan, seseorang yang memiliki iPhone mempunyai nilai gaji yang tinggi. Sebanyak 69.1% pengguna iPhone, 66.9% pengguna iPad dan 59.5% pengguna peranti Android dikatakan mempunyai gaji yang tinggi.

iPhone X

Walau bagaimanapun, data-data dalam laporan ini adalah daripada tahun 2016 dan ia tidak termasuk iPhone X yang dilancarkan pada 2017 – iaitu iPhone termahal yang pernah dilancarkan.

Pembaca Amanz di Malaysia pula bagaimana – Adakah anda setuju jika hanya orang kaya sahaja yang menggunakan iPhone dan iPad?

Sumber: Phonearena, melalui NBER.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.