Ketika tempoh PKP yang kita melibatkan kesemua negeri kecuali Sarawak, ramai bergantung harap kepada perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan kerana had perjalanan 10km yang dikenakan kerajaan. AirAsia Food adalah antara nama baru dunia penghantaran makanan yang selama ini hanya beroperasi di Lembah Klang.

Selari dengan permintaan yang meningkat sepanjang PKP ini, AirAsia Food kini merancang untuk mengembangkan operasi ke enam lagi bandar utama Malaysia. Bandar-bandar ini ialah Ipoh, Seremban, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuching dan Miri. AirAsia Food menerusi rakan penghantaran mereka Teleport sedang mencari individu yang berminat untuk menyertai mereka di bandar-bandar yang disenaraikan tadi.

Bagi yang berminat mereka boleh memohon menggunakan pautan ini teleport.asia/deliverypartner. Mereka yang mempunyai motosikal dan kereta dipelawa menjadi krew penghantar. Bekas pekerja AirAsia yang kehilangan kerja kerana pandemik turut dipelawa untuk menyertai.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.