


AirAsia Memperkenalkan Aplikasi mudah alih bagi kemudahan pelangan mereka
hasnan November 18, 2015 Berita , Gajet
KUALA LUMPUR, 18 NOV 2015 – AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi
tujuh tahun berturut-turut, melancarkan aplikasi mudah alih serba baru menawarkan ciri inovatif,
fungsi yang lebih pantas dan rekaan luaran aplikasi yang lebih baik bagi memberi para tetamu
pengalaman penerbangan yang lebih menarik serta mudah dengan AirAsia.
Aplikasi mudah alih AirAsia telah menerima pencalonan di Anugerah berprestij World Travel
Awards dalam kategori ‘World’s Leading Low-Cost Airline App’. Versi yang ditambah baik ini
tersedia dalam 11 bahasa dan boleh di muat turun dari stor aplikasi bagi iOS dan Android.
Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata, “Kami sentiasa melabur dalam
teknologi dan inovasi bagi membuatkan pengalaman penerbangan lebih mudah dan seronok bagi para
tetamu kami. Aplikasi serba baru ini menawarkan tetamu kami semua yang mereka perlukan di hujung
jari mereka. Lebih dari 9 juta muat turut bagi aplikasi mudah alih ini telah diterima bagi kedua platform
iOS dan Android, dan kami berharap lebih ramai akan menerokai kemudahan yang tersedia dengan
memuat turun aplikasi mudah alih ini.”
Antara ciri terbaru aplikasi mudah alih AirAsia adalah ciri ‘Tambah ke kalendar’, yang secara automatik
menyambungkan jadual penerbangan dengan kalendar pengguna; proses tempahan yang lebih
cepat dan mudah, begitu juga dengan ciri yang ditambah baik lain seperti daftar masuk mudah alih
dan urus tempahan saya yang membolehkan tetamu menambah tambahan lain ke dalam tempahan
penerbangan mereka dengan mudah.
Selain dari itu, tetamu boleh juga menyemak status penerbangan, mendapatkan e-boarding pass
(tersedia bagi penerbangan dan di lapangan terbang tertentu), serta menyemak tawaran terkini
penginapan dengan mudah.
11 bahasa tersedia bagi aplikasi ini adalah termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa
Indonesia, Bahasa Cina Tradisional (Taiwan & Hong Kong), Bahasa Cina mudah (China), Bahasa Thai,
Bahasa Korea, Bahasa Jepun, Bahasa Vietnam dan Bahasa Arab.
AirAsia mula memperkenalkan aplikasi mudah alih pada tahun 2010 yang lepas dan merupakan antara
syarikat penrbangan yang pertama di rantau ini yang tampil dengan aplikasi mudah alihnya sendiri.
AirAsia sentiasa meneraju kejayaan implementasi teknologi lain seperti tempahan online, daftar masuk
sendiri melalui web, kiosk dan mudah alih, self-tagging serta self-bag drop.
dengan aplikasi mudah alih serba baru AirAsia
rekaan luaran yang lebih baik dengan 11 bahasa