TechSemut Malaysia

AirAsia Saiyan akan saman, RevivalTV menipu

AirAsia Saiyan akan saman, RevivalTV menipu

Julai 30
21:02 2018
Share Button

AirAsia Saiyan akan meneruskan saman terhadap penganjur Piala Asia Tenggara Mobile Legends, RevivalTV yang berat sebelah.

Selepas bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, langkah tersebut semakin kuat mahu dilaksanakan apabila sikap tidak adil RevivalTV yang mengambil sikap tidak acuh mahu memenangkan pasukan dari negara sendiri iaitu Indonesia.

RevivalTV ketika perlawanan suku akhir menolak kemenangan AirAsia Saiyan.

RevivalTV kemudiannya memenangkan 

wakil Indonesia, Aerowolf Pro Team yang juga senegara.

Berang dengan tindakan itu, AirAsia Saiyan menarik diri sebagai tanda protes.

RevivalTV juga berkonspirasi memenangkan pasukan dari negara sendiri dengan memberikan kontrak berbeza kepada wakil tuan rumah berbanding pencabar dari negara lain.

Di dalam kandungan kontrak semua peserta menyatakan jika keputusan terikat bermakna pemenang akan diputuskan menggunakan format KDA (Kill, Death dan Assist) tetapi berbeza dengan tuan rumah yang boleh mengadakan perlawanan semula.

Malah, penganjur turut mengancam akan menyingkirkan AirAsia Saiyan daripada daripada pertandingan itu sekiranya enggan mengikut peraturan ‘baru’ ditetapkan itu.

Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara itu berlangsung 27 Julai lepas dengan 10 pasukan terbaik dan menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM400,000.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com