Pada tahun 2014 Airbus berjaya menguji pesawat E-Fan 1.0. Pesawat ini unik kerana ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. E-Fan 1.0 berjaya merentasi Selat Inggeris dan diperkasakan oleh dua enjin elektrik dengan kuasa 30 kW. Pada awalnya Airbus bercadang menjual E-Fan yang mampu membawa penumpang ini menjelang 2017. Menyedari perkembangan teknologi enjin elektrik yang semakin pantas, projek E-Fan dibubarkan dan digantikan pula dengan E-Fan X.

E-Fan X ialah pesawat yang lebih besar dan diperkasakan oleh dua enjin elektrik berkuasa 2 MW yang mensasarkan produksi dalam masa dua tahun. E-Fan X akan menjadi baju loncatan kepada pembangunan pesawat penumpang komersial elektrik sepenuhnya.

Untuk menjadikan ini realiti, sebuah enjin elektrik berkuasa di antara 20-40 MW perlu dihasilkan terlebih dahulu. Dengan penggunaan enjin elektrik, Airbus berharap pencemaran udara dan bunyi yang dihasilkan oleh enjin jet sedia ada dapat dihapuskan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.