AirPods Mungkin Disertakan Dengan Setiap Pembelian iPhone Tahun Hadapan

Apple AirPods ialah fon telinga nirwayar yang paling tinggi jualannya menurut beberapa penganalisa. Akesori audio yang dahulunya menjadi bahan jenaka kini dapat digunakan secara meluas dan dilihat sebagai simbol status insan yang agak berada. Menurut laporan DigiTimes, Apple mungkin akan menyertakan sepasang AirPods dengan setiap pembelian iPhone tahun hadapan.

Apple dipercayai ingin memberikan kelainan kerana EarPods yang diberikan dengan setiap pembelian iPhone kini dilihat sebagai tidak lagi memadai. Sepasang AirPods akan memberikan imej iPhone sebagai produk premium sebenar. AirPods diramalkan akan terus mendominasi pasaran dan dengan AirPods Pro, semakin ramai pengguna memilih untuk membeli model yang terkini.

Tahun ini Apple akhirnya menyertakan pengecas pantas 18W dengan pembelian iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max. Kebarangkalian ura-ura ini menjadi benar adalah rendah tetapi jika berlaku adalah akan membuatkan anda lebih tertarik untuk membelai sebuah iPhone tahun hadapan?

Sumbr Digitimes menerusi Gizmochina

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.