Akan Datang Pemalam Akan Lebih Selamat Digunakan Pada Chrome

Pemalam adalah satu aplikasi, fungsi atau juga ciri tambahan yang boleh digunakan pada sesuatu perisian pelayar web. Contoh pelayar web yang popular adalah Google Chrome. Terdapat lebih 180,00 jenis pemalam yang ada pada ‘Chrome Web Store‘ dan tidak semua pemalam ini 100% selamat.

Terdapat jenis pemalam yang boleh mencuri atau mengakses data pengguna. Oleh yang demikian pada Google Chrome v70 yang akan dilancarkan pada bulan ini, pengguna kelak akan mempunyai lebih banyak kawalan terhadap penggunaan pemalam. Kemudian, pada pihak pembangun pula pemalam yang ingin diterbit di Chrome Web Store akan mempunyai sedikit perubahan kebenaran menerbitnya. Jadi, pembangun kelak memerlukan dwi-faktor pengesahan bagi mengelak sebarang godaman atau lain-lain kerentanan sekuriti.

Pengguna tidak perlu risau, kerana banyak perubahan ini hanya terkesan kepada pihak pembangun. Pada bahagian pengguna, anda hanya akan menerima kawalan yang lebih dan pemalam yang anda gunakan sekarang tidak akan terjejas.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.