Akhirnya Setelah Sekian Lama, Pushbullet Dikemaskini Dengan Rekaan Material Design

Pushbullet adalah satu perkhidmatan untuk memaparkan notifikasi daripada peranti Android kepada Windows. Teknologi Pushbullet ini diperkenalkan sebelum Windows 10 sokong paparan notifikasi, sebelum WhatsApp web atau Android Message web hadir lagi. Tambahan fungsi Pushbullet adalah ia mampu menyalin dan menampal tesk secara universal. Ini bermakna jika anda salin teks dari Adnroid, ia boleh ditampal dalam Windows dan juga di sebaliknya.

Hari ini, akhirnya – Pushbullet dikemaskini dengan rekaan Material Design setelah sekian lama ia kekal dengan rekaan seakan Adnroid Lollipop. Rekaan baru ini hadir pada aplikasi Android sahaja dan tidak hadir lagi pada pemalam-pemalam pelayar web atau aplikasi desktop.

Tambahan lagi, Pushbullet ini turut hadir dengan rekaan ikon yang baharu berserta dengan sokongan tema gelap. Antara perkara menarik lain yang turut hadir adalah, ikon pintasan Pushbullet kini berada di bawah bukan lagi di sisi. Dengan ikon di bahagian bawah, pengalaman penggunaan akan lebih imersif dan memudahkan.

Walau bagaimanapun, semua fungsi baru ini hanya hadir dalam versi Beta yang percuma untuk diuji. Tetapi, fungsi seperti tema gelap hanya boleh digunakan oleh pengguna Pro yang melanggan pada harga RM21.03 sebulan atau RM168.50 setahun.

Muat Turun Pushbullet Beta Di Sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.