Di acara WWDC pagi tadi Apple memperlihatkan iMac Pro kepada umum dengan kemasan berwarna Space Gray. iMac paling berkuasa ini turut hadir dengan papan kekunci, tetikus dan trackpad berwarna  Space Gray. Bagi peminat Apple yang mahu membeli ketiga-tiga peranti input ini secara berasingan ada sedikit berita buruk bagi anda.

Menurut laporan 9to5Mac, Apple hanya akan memberikan pilihan warna baru ini eksklusif kepada pembeli iMac Pro sahaja Disember hadapan. Pengguna sedia ada redha dengan pilihan warna putih sedia ada. Dengan harga jualan mencecah $4999 (~RM21,313), tidak mengejutkan iMac Pro ialah komputer dengan warna eksklusif untuk golongan eksklusif.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.