Aksesori Edisi Terhad Razer X Pokémon Hadir Ke Malaysia

Jikalau anda kipas susah mati Pokémon, dan minati tema aksesori PC anda berwarna kuning, ini berita baik untuk anda.

Razer dan Pokémon bekerjasama dengan melancarkan aksesori permainan edisi terhad yang akan hadir ke Malaysia, Thailand, Singapura, Hong Kong dan Taiwan secara rasmi.

Edisi khas ini termasuklah set fon kepala tanpa wayar Razer Hammerhead (dengan pengecas Poké Ball), papan kekunci Razer Ornata dengan rekabentuk perehat tangan istimewa, dan juga Razer DeathAdder & Goliathus, iaitu tetikus beserta pad tetikus dengan rekabentuk karakter ikonik Pokémon.

Berikut adalah harga yang ditetapkan untuk edisi terhad ini:

  • Razer|Pokémon – Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition: RM699
  • Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition: RM459
  • Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle: RM249

Edisi terhad ini sudah mula dijual dan boleh didapati dari laman rasmi Razer atau pengedar yang sah.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*