Aksesori Sarung Ibu Jari Dan Butang Bahu Fizikal Black Shark Turut Dilancarkan

Peranti untuk permua Black Shark 3S telah dilancarkan sebentar tadi dan beberapa aksesori khusus untuknya turut dilancarkan pada waktu yang sama. Pertama sekali ialah aksesori aneh sepasang sarung ibu jari Black Shark Gaming Finger Gloves untuk peminat permua tegar. Sarung ini sekadar menutupi ibu jari pemakai yang diperbuat daripada bahan fabrik.

Seterusnya ialah Black Shark Shoulder Buttons yang menambah butang bahu fizikal pada peranti yang hanya dilengkapi butang bahu kapasitif. Ini sekaligus memberikan ciri menarik Black Shark 3 Pro pada bukan sahaja Black Shark 3S tetapi juga pada 3. Akhir sekali ialah Black Shark Gamepad yang merupakan alat kawalan permainan fizikal untuk bukan sahaja peranti Black Shark tetapi kesemua peranti Android.

Di China Black Shark Gaming Finger Gloves ditawarkan pada harga RMB 29 (~RM 18), Black Shark Shoulder Buttons pada harga RMB 79 (~RM 48) dan Black Shark Gamepad pada harga RMB 238 (~RM 145).

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*