TechSemut Malaysia

Aksesori Tempat Simpanan AirPods Pada Tali Jam Apple Watch Telah Dihasilkan

Aksesori Tempat Simpanan AirPods Pada Tali Jam Apple Watch Telah Dihasilkan

Aksesori Tempat Simpanan AirPods Pada Tali Jam Apple Watch Telah Dihasilkan
Jun 13
12:30 2018

Kenapa ramai pengguna memilih untuk memiliki produk Apple? Adakah ia prestij? Direka dengan lebih kemas? Membuatkan anda kelihatan mewah? Ini semua persoalan yang biasa didengari tetapi jawapan kami ialah kerana terdapat banyak aksesori yang menarik dihasilkan. Elago yang sebelum ini menghasilkan pengecas Apple Watch yang kelihatan seperti Apple Macintosh menghasilkan sebuah lagi aksesori menarik untuk jam tangan pintar ini.

Elago AirPods Wrist Fit ialah tempat simpanan AirPods yang dipasang pada tali jam tangan. Ia diperbuat daripada bahan silikon bagi mengelakkan AirPods tercalar ketika disimpan. Aksesori ini berguna bagi insan yang bersenam tetapi tidak ingin membawa pod simpanan AirPods yang agak besar. Bagi yang berminat penyimpan AirPods ini dijual pada harga hanya $11.99 (RM 48).

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com