TechSemut Malaysia

Aktiviti Antimikro oleh Artemisin DaripadaTumbuhan In-Vitro Artemisia annua L. @MudahnyaBacaJurnal

Aktiviti Antimikro oleh Artemisin DaripadaTumbuhan In-Vitro Artemisia annua L. @MudahnyaBacaJurnal

Aktiviti Antimikro oleh Artemisin DaripadaTumbuhan In-Vitro Artemisia annua L. @MudahnyaBacaJurnal
Mei 17
08:42 2017

Oleh: Suganthi Appalasamy, PhD.
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan
Ringkasan daripada artikel yang diterbitkan
Suganthi Appalasamy, Kiah Yann Lo, Song Jin Ch’ng, Ku Nornadia, Ahmad Sofiman Othman, and Lai-Keng Chan, “Antimicrobial Activity of Artemisinin and Precursor Derived from In Vitro Plantlets of Artemisia annua L.,” BioMed Research International, vol. 2014, Article ID 215872, 6 pages, 2014. doi:10.1155/2014/215872   https://www.hindawi.com/journals/bmri/2014/215872/cta/

Artemisia annua
L. ataupun dikenali sebagai sweet wormwood adalah satu pokok herba yang biasa dijumpai tumbuh di negara beriklim sederhana seperti China dan Vietnam. Masyarakat Cina meminum teh yang disediakan menggunakan pokok herba ini sebagai ubat tradisional untuk merawat sakit demam panas, muntah dan sakit-sakit badan.

Pada 1970an, saintis dari China berjaya mengasingkan sebatian bioaktif yang dinamakan Artemisinin daripada tumbuhan herba ini yang kini diguna sebagai ubat antibiotik untuk merawat penyakit malaria. Disebabkan keadaan persekitaran di Malaysia yang tidak sesuai untuk penanaman pokok herba ini, teknik pembiakan dalam makmal ataupun dikenali sebagai pembiakan tumbuhan in-vitro telah digunakan.

Teknik pembiakan tumbuhan herba in-vitro mampu meningkatkan bilangan tumbuhan dalam masa yang singkat di keadaan persekitaran makmal yang terkawal. Menggunakan teknik pembiakan in-vitro, tumbuhan herba sweet wormwood dibiakkan di Makmal Kultur Tisu dan Sel Tumbuhan, Universiti Sains Malaysia (Rajah 1). Sebatian Artemisinin yang diasingkan daripada tumbuhan herba (Rajah 2) ini diuji kebolehannya untuk menghentikan jangkitan penyakit oleh bakteria.

Rajah 1: Pokok Artemisia annua L. ataupun dikenali sebagai sweet wormwood yang berusia 16 minggu yang tumbuh di keadaan persekitaran yang terkawal di rumah hijau Universiti Sains Malaysia (USM).
Rajah 2: Sebatian Artemisinin diasingkan daripada pokok herba sweet wormwood melalui kaedah thin layer chromatography (TLC). Huruf P adalah Artemisinin tulen yang diguna untuk mengenalpasti sebatian tersebut daripada pokok herba sweet wormwood manakala TC1, TC2 dan H adalah tiga jenis kultivar pokok herba sweet wormwood yang dibiak di makmal.
Rajah 3: Sebatian Artemisinin daripada pokok sweet wormwood mampu menghalang jangkitan bakteria Staphylococcus aureus dilihat melalui pembentukan zon bersih oleh Artemisinin. Huruf C menandakan ubat antibiotik komersial, Streptomisin manakala digit 1, 2 dan 3 adalah replikat sebatian Artemisinin yang diguna.

Bakteria pada masa kini makin menunjukkan ketahanan terhadap antibiotik komersial yang digunakan. Hal ini menyebabkan perlunya ada satu penyelidikan berterusan untuk menguji ubat antibiotik baru yang lebih berkesan terhadap jangkitan bakteria. Ujian di makmal untuk menguji kebolehan sebatian Artemisinin dalam mengawal pertumbuhan bakteria menunjukkan sebatian daripada pokok herba sweet wormwood ini telah berjaya menyekat pertumbuhan bakteria (Rajah 3). Ujikaji ini membuktikan sebatian Artemisinin pokok sweet wormwood pantas bertindak terhadap jangkitan bakteria menjadikan ianya setara dengan antibiotik komersial yang ada di pasaran sekarang.

Jika sebatian pokok herba sweet wormwood diuji dengan lanjut untuk pengkomersialan di Malaysia, harga antibiotik di pasaran tempatan boleh berkurang dan diakses oleh setiap masyarakat.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com