Aktiviti Menarik di Pusat Sains Negara sempena NICE’17

Laporan oleh Wartawan MajalahSains

PUSAT SAINS NEGARA, BUKIT KIARA, 13 Oktober Pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenai pembukaan semula Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur dengan wajah baru telah pun menemui orang ramai bersempena dengan National Innovation and Creative Economy Expo 2017 (NICE’17). Sempena ekspo NICE’17 yang bermula dari 12 hingga 16 Oktober, PSN telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik minat pengunjung.

Pihak MajalahSains yang mengunjungi PSN pada hari kedua NICE’17 turut menyertai dan merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sana. Menariknya, PSN sempena NICE’17 kali ini tidak mengenakan sebarang caj bayaran kepada pengunjung untuk beraktiviti di sana.

Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seperti Laser Tag, SciFest, Robot Tempur, Nature Secret Lab, 500 Butterflies, Fun Run for Science, Survive The Bunker dan banyak lagi. Ramai orang di luar sana menganggap aktiviti seperti Laser Tag memerlukan bayaran yang tinggi, tetapi sempena NICE’17 ini, pengunjung boleh merasai pengalaman bermain Laser Tag secara percuma. Dan, seperkara yang anda perlu tahu lagi, PSN turut menyediakan aktiviti lasak iaitu Flying Fox dan Abseiling.

Aktiviti seperti itu bakal menguji tahap keberanian para pengunjung di PSN bagi berhadapan dengan ketinggian. Aktiviti yang kami anggap unik dan jarang ditemui adalah Survive The Bunker di mana pengunjung dicabar untuk masuk ke dalam bilik gelap dan dibekalkan dengan sebuah pelita untuk berhadapan dengan perkara yang dianggap menjadi ketakutan atau ‘fobia’ dalam diri manusia. Di situ pengunjung boleh mengenalpasti apakah sebenarnya yang menjadi ketakutan dalam diri mereka.

Adakah pengunjung mampu menamatkan Survive The Bunker sehingga tamat ataupun tidak, semuanya perlu anda rasai sendiri di Pusat Sains Negara.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.