Alat Kawalan Internet Audra Kini Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM699

Pada zaman serba canggih ini dimana semuanya berada di hujung jari, penggunaan internet sangat memberikan impak kepada kehidupan seharian kita. Penggunaan internet ini sekiranya tidak dipantau, ia akan meningkatkan peratusan ketagihan internet dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagi mengatasi masalah ketagihan internet dikalangan masyarakat, Audra Digital Wellness telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada harga bermula RM699 hingga RM999. Audra merupakan satu peranti yang dapat mengawal aktiviti penggunaan internet yang menggabungkan perkhidmatan berasaskan awan diantara sebuah modem dan penghala WiFi. Alat kawalan ini juga bertindak sebagai lapisan tambahan kawalan dan perlindungan untuk mengawal penggunaan internet pengguna.

Audra menawarkan dua variasi mod penetapan iaitu Audra Home dan Audra Business. Audra Home boleh digunakan untuk mengawal penggunaan internet untuk sesebuah organisasi kekeluargaan. Audra Home boleh dipasang dengan sistem pemasangan plug-and-play, yang mudah dan ringkas. Dengan alat kawalan ini, ia dapat membantu ibu bapa untuk mengawal kadar penggunaan internet anak-anak dengan hanya membuat penetapan mengikut kehendak ibu bapa dan menyekat saluran laman-laman web yang tidak sesuai untuk dilayari oleh kanak-kanak bawah umur.

Manakala bagi Audra Business pula, ia hadir dengan sistem sambungan yang bertindak sebagai hub yang disambungkan pada penghala WiFi.  Bagi sesebuah organisasi, alat kawalan Audra ini penting untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Alat kawalan ini juga mampu bertindak sebagai alat kawalan yang menyekat perisian hasad dan perisian pengiklanan yang ada serta berupaya untuk menyenarai putih laman web yang diingini.

Alat kawalan ini juga boleh dikawal daripada jauh dengan hanya menggunakan aplikasi yang dibina bersama Audra ini, iaitu Audra Management App. Aplikasi ini juga mempunyai antaramuka yang hampir sama dengan antaramuka yang boleh dikawal melalui laman rasmi Audra. Dengan adanya aplikasi pengurusan Audra ini, ia sekaligus memudahkan pengendali untuk mengawal penggunaan internet daripada jauh.

Jika sebelum ini, ulasan kami mengatakan alat kawalan ini mengalami sedikit masalah dari segi kelajuan internet apabila ia disambungkan pada WiFi, kini setelah beberapa kemaskini yang dilakukan, alat kawalan ini mampu memberikan kelajuan sehingga 1Gbps kepada pengguna dan tidak lagi mengalami masalah lengah masa untuk kelajuan internet. Apa yang anda perlu lakukan adalah log masuk ke akaun Audra anda dan masuk ke laman Settings > Firmware Update dan tekan butang Update untuk mengemaskini kepada versi terbaru.

Baca : Ulasan Audra Digital Wellness

Pada pelancaran ini juga, Audra turut mengumumkan kerjasama mereka bersama 11street. Oleh itu, alat kawalan Internet daripada Audra ini sudah boleh didapati di laman 11street pada harga bermula RM699 untuk pakej langganan Audra Home selama setahun dan boleh diakses sehingga 20 pengguna dalam satu masa yang sama. Manakala untuk pakej Audra Business pula, ia boleh didapati pada harga RM999 dan boleh diakses sehingga 100 pengguna dalam satu masa yang sama.

Jadi, sekiranya anda mahukan alat yang dapat mengawal penggunaan internet untuk keluarga atau organisasi, Audra Digital Wellness adalah satu pilihan yang baik untuk anda. Dapatkan Audra Home dengan harga RM699 dan Audra Business dengan harga RM999 untuk tiga bulan pertama melalui laman 11street bermula hari ini untuk menikmati pengecualian yuran untuk tahun kedua.

Beli : Audra Digital Wellness Di Laman 11street

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.