Google-Webmaster-ToolsAnda seorang webmaster atau anda menjadikan internet sebagai sumber promosi dan iklan ? bagaimana pengguna internet ingin mengenali laman web anda ?  jika ya maka artikel ini wajib anda baca . Pastinya sebagai seorang yang mempromosikan laman web syarikat , blog mahupun produk  anda proses promosi dan pengiklanan bukan lah satu kerja yang mudah . Ini terbukti di mana syarikat-syarikat besar mengeluarkan modal yang agak besar semata-mata untuk mempromosikan produk dan laman web mereka. Sebagai seorang yang telah di amanahkan bagi memperkenalkan sesuatu produk atak memastikan laman anda popular dan mudah di capai salah satu cara pada zaman internet ini adalah dengan mengunakan enjin carian . Bayangkan zaman sekarang apa-apa sahaja yang ingin di cari selalu kawan-kawan akan kata “kau cari sahaja di google” . Wah memang menarik bukan .

Selain iklan berbayar yang disediakan oleh enjin carian , Satu lagi program yang anda wajib tahu adalah “webmaster tools” .  Program ini bagi membolehkan anda mendaftar laman web anda kepada enjin carian pengkalan data bagi laman web anda akan di simpan bagi membolehkan carian di buat oleh pengguna dengan lebih tepat . Alatan web ini juga akan membuat sisipan dan rekod setiap link , pautan , gambar dan juga ayat-ayat yang ada dalam web anda . Dengan erti kata lain jika dalam laman web anda terdapat link atau perkatan “saya suka makan” maka laman web anda akan di paparkan semasa carian di buat dengan mengunakan enjin carian tersebut , Menarik bukan .  Malah rangking laman web anda mampu dipertingkatkan dari keputusan tersebut . malah kelebihan mengunakan webmaster tool ini anda mampu menetapkan kumpulan sasar bagi laman web anda . Sebagai contoh jika anda hanya ingin pengguna yang hanya dari malaysia sahaja maka anda boleh tetapkan .

Antara enjin carian yang terkenal adalah google , di bawah ini adalah url bagi mencapai kemudahan ini

https://www.google.com/webmasters/tools/

Selain google , Bing juga terdapat kemudahan ini  di bawah ini saya kongsi url bing

http://www.bing.com/toolbox/webmaster

Terdapat juga enjin carian lain yang anda boleh daftar dan masukkan tetapi rasanya dua ini sudah cukup kerana ia antara enjin carian yang popular dan dibiayai oleh syarikat yang besar.

Antaramuka pengguna google webmaster tools yang membolehkan anda mendapatkan maklumat carian dan hit yang masuk ke laman web anda

Dengan pengunaan alat ini , kos iklan anda akan lebih murah malah enjian carian akan sentiasa mengemaskini maklumat yang mereka dapat dari laman anda . wah kini artikel anda makin ramai akan baca. kini ada lebih bijak dalam pengunaan Search engine optimization (SEO)

Baca artikel sebelum ini tentang SEO di

http://techsemut.com/menjadikan-laman-anda-ramah-seo/

 

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM