Alcatroz Menampilkan Tetikus Dengan Permukaan Seumpama Batu Sungai – Pebble Air

Tetikus merupakan aksesori terpenting pada komputer. Sesiapa sahaja yang membeli komputer desktop, pasti akan mencari tetikus. Malah jika pengguna tidak mahir menggunakan pad sesentuh pada laptop, maka tetikus juga yang menjadi pilihan jadi permintaan terhadap tetikus tidak pernah berkurang selagi mana komputer desktop dan laptop tidak pupus.

Alcatroz merupakan satu lagi siri aksesori dari Leapfrog dan pada acara ini mereka telah menampilkan tetikus Pebble Air yang membawakan sedikit kelainan berbanding versi dahulu Pebble yang tidak mempunyai sambungan 2.4Ghz. Seumpama namanya, Pebble bermaksud batu kecil di sungai atau di pantai yang telah diperhalusi permukaannya. Tetikus ini membawakan permukaan seumpama batu sungai, dan hadir dalam lima warna berbeza.

Meskipun ia tampak comel dan cantik, ia turut hadir dengan fungsi untuk mengubah CPI dengan mudah sekaligus memudahkan pengguna untuk mengubah tetapan CPI sama ada sedang bermain permainan video, atau sedang melakukan kerja. CPI boleh diubah pada tahap 1600, 2000, 2400, 1000.

Tetikus tanpa wayar ini mempunyai bateri sebesar 600 mAh dan pada sekali pengecasan, ia boleh digunakan selama 20 hari. Ia mengambil masa selama 2 jam untuk pengecasan penuh dan menurut pihak Leapfrog, tetikus ini bakal dijual pada harga kurang dari RM 60.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.