Alienware m15 – Komputer Riba Permainan Yang Nipis Dan Ringan Daripada Alienware

Alienware sedia mempunyai pelbagai komputer riba memfokuskan permainan video, tetapi sehingga kini kebanyakkannya adalah berat dan membawakan rekaan yang tebal. Namun, hari ini ia berubah dengan pengenalan Alienware m15.

Alienware m15 ini dikatakan kurang 14% tebal berbanding Alienware 13 sebelum ini, selain membawakan berat yang kurang 20% berbanding model berkenaan.

Dell Alienware m15

Dari segi spesifikasi, Alienware m15 membawakan skrin bersaiz 15.6-inci, dijana cip Intel Core i5/i7 generasi kelapan, slain turut dilengkapi dengan sokongan GPU GTX 1060 atau 1070 Max-Q. Komputer riba ini juga menawarkan memori sehingga 16GB RAM, selain storan sehingga 1TB SSD.

Dari segi bateri, Alienware m15 ini menawarkan masa ketahanan sehingga 7.1 jam, atau turut boleh dinaik-taraf sehingga ketahanan 10.6 jam melalui penggunaan bateri 90Whr.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Dell Alienware m15 ini akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.