Virus Machupo adalah virus RNA ambisense dari family Arenaviridae. Seseorang manusia yang dijangkiti virus ini akan mempunyai simptom merasa lemah badan, demam, sakit kepala, sakit-sakit otot dan sendi. Jangkitan ini akan berlarutan kepada fasa demam berdarah yang menunjukkan symptom tompokan darah pada mata dan pendarahan melalui hidung, telinga dan mulut. Ia akan menyebabkan kematian yang cepat.

Related image

Jangkitan Machupo juga dikenali sebagai Bolivian Haemorrhagic Fever, Black thypus atau Penyakit Ordog. Ia mula dikesan di kawasan perkampungan kecil di Bolivia.

Sangat – sangat menakutkan bukan?

Namun jangkitan virus Machupo adalah jangkitan berjangkit zoonosis. Maksudnya ia adalah penyakit dari binatang yang menjangkiti manusia. Mekanisma jangkitan virus ini adalah melalui tikus. Ia menjangkiti manusia melalui kencing dan najisnya. Jangkitan melalui manusia ke manusia adalah jarang walaupun mungkin berlaku.

Image result for calomys callosus

APA ITU VIRUS?

Virus adalah mikroorganisma yang hanya dapat membiak atau mereplikasi dirinya untuk menghasilkan lebih banyak virus dalam organisma lain. Ia mesti mempunyai perumah dari organisma lain.

Partikel virus, atau virion kebiasaanya hanya terdiri dari:

  • bahan genetic seperti RNA, DNA yang mengekod informasi genetic virus
  • kot protein (capsid), yang melindungi RNA atau DNA
  • protein envelop atau lipid yang melindungi capsid

Virus biasanya akan menyutik RNA atau DNA kedalam hos perumah (organisma lain) dan akan menggunakan sistem perumah untuk menghasilkan material seperti RNA/ DNA, capsid dan envelop untuk menghasilkan virus yang lebih banyak. Ia adalah bersifat parasit.

Image result for virus structure

Contoh-contoh jangkitan virus adalah seperti selesema, influenza, selesema burung (virus H1N1), herpes, AIDS (virus HIV).

ADAKAH BENAR PARACETAMOL MENGANDUNGI VIRUS MACHUPO?

Walaupun pembangunan virus Machupo sebagai senjata biologi telah dijalankan. Namun, kebarangkalian untuk virus Machupo dalam paracetamol menjangkiti manusia adalah tipis.

Seperti kebanyakan virus – virus lain, virus Machupo tidak mampu untuk hidup dan menjangkiti tanpa perumah. Kebanyakan virus hanya mampu bermandiri dipermukaan kering hanya selama beberapa minit atau beberapa jam.

Virus flu contohnya hanya mampu bertahan selama 1-4 jam pada udara (air-droplet), hanya 15 minit pada tangan atau tisu manusia. Kebanyakan virus-virus lain juga mempunyai jangkahayat kurang dari 24 jam diudara atau permukaan.

Image result for paracetamol machupo virus

Jadi, berita mengenai paracetamol mengandungi virus Machupo, tin nenas mengandungi virus HIV, jarum peniti berkarat di panggung wayang punca HIV adalah besar kemungkinan hanya wayang semata-mata!

sumber : rootofscience.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.