Amazfit Verge Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM689

Amazfit merupakan salah satu jenama jam tangan pintar yang beroperasi dibawah syarikat ekosistem Xiaomi. Selepas melancarkan Amazfit Verge pada bulan September yang lepas, kini jam tangan pintar berkenaan telah pun mula ditawarkan di Malaysia secara rasminya.

Amazfit Verge menggunakan skrin bulat 1.3-inci AMOLED, memori 512MB RAM, dan storan 4GB. Ia turut hadir dengan sokongan GPS, kalis air IP68, dan bateri yang mampu bertahan sehingga sekitar 5 hari lamanya.

Amazfit Verge

Ciri popular jam tangan lain seperti penggunaan untuk memantau data kecergasan, sokongan memantau keadaan tidur, dan juga sensor denyutan nadi turut disertakan. Pengguna turut boleh memautkan jam tangan pintar ini ke telefon pintar, dan menggunakan jam tangan untuk mengawal kamera dari jarak jauh.

Bagi anda yang berminat, Amazfit Verge ini boleh didapati pada harga RM689 di Malaysia.

Beli : Amazfit Verge di Shopee

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.