Amazon Dilaporkan Membayar $1 Bilion Untuk Mengambil Alih Syarikat Kenderaan Swapandu ZOOX

Bermula sebagai gedung buku terbesar dunia secara atas talian, Amazon kini merajai gedung pelbagai barangan atas talian di peringkat global. Sayap Amazon telah dikembangkan ke perniagaan runcit, penstriman video dan peranti pintar. Langkah maakul seterusnya ialah membangunkan sistem swapandu sendiri selepas mereka dilaporkan mengambil alih Zoox dengan nilai jual beli mencecah $1 bilion hari ini.

Teknologi kereta swapandu Zoox mungkin akan digunakan untuk lori penghantaran barangan Amazon di masa hadapan. Ia turut boleh digunakan pada robot yang beroperasi di gudang-gudang milik Amazon ataupun dron mereka. Yang pasti dunia kenderaan swapandu kini didominasi oleh syarikat-syarikat besar Amazon, Google dan Tesla. Setiap satunya cuba ingin merealisasikan sistem swapandu tahap 4 yang tidak memerlukan sebarang interaksi dari penumpang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*