TechSemut Malaysia

Amazon Echo Baru Hadir Dengan Sokongan Skrin Sentuh Dan Panggilan Video

Amazon Echo Baru Hadir Dengan Sokongan Skrin Sentuh Dan Panggilan Video

Amazon Echo Baru Hadir Dengan Sokongan Skrin Sentuh Dan Panggilan Video
Mei 09
20:01 2017

Speaker berasaskan arahan suara dariapda Amazon, iaitu Echo sedia menjawab pelbagai pertanyaan pengguna, serta memainkan lagu melaluinya. Kini, versi terbaru untuk Echo, turut boleh memperlihatkan sesuatu perkara anda secara visual melalui integrasi skrin sentuh padanya.

Amazon Echo Show

Diperkenalkan hari ini, Amazon telah pun memperkenalkan Echo Show, hadir dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang boleh memaparkan temujanji kalendar anda, memaparkan lirik lagu, memainkan video, dan banyak lagi. Ia akan dijual bermula Jun ini di Amerika Syarikat. Seperti sebelum ini, ia juga dijana menggunakan pembantu digital maya, Alexa.

Seperti ramai sedia maklum, perniagaan penjualan gajet oleh Amazon bukanlah memfokuskan kepada penjanaan keuntungan yang tinggi, tetapi lebih kepada mengikat pengguna kepada platform jual-beli Amazon, termasuk memastikan pengguna menyertai perkhidmatan langganan Amazon Prime.

Sehingga kini, Amazon masih tidak menyatakan berapa banyak Echo yang telah terjual. Tetapi, menurut penganalisa, ia dikatakan Amazon memegang pasaran Amerika Syarikat sekitar 70% dalam arena speaker yang diintegrasikan dengan pembantu maya digital ini.

Amazon Echo Show ini juga turut boleh memainkan video daripada peranti berhubung lain – sebagai contoh kamera untuk memantau bayi atau kamera di pintu rumah untuk mengetahui tetamu yang berkunjung.

Amazon Echo Show turut menjadi speaker pertama dibawah Echo yang hadir dengan kamera terbina. Ia menggunakan kamera 5-megapixel yang boleh digunakan bagi tujuan membuat panggilan video.

Selain Amazon, Google turut mempunyai penawaran peranti lebih kurang sama dinamakan Google Home, sementara Apple dan Microsoft dalam persiapan memperkenalkan jawapan mereka tersendiri. Buat masa ini, penawaran ini lebih tertumpu kepada pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke rantau Asia, termasuk di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com