TechSemut Malaysia

Amazon Melancarkan Fire TV Cube – Alat Penstriman Media Dan Juga Alat Kawalan Jauh Universal

Amazon Melancarkan Fire TV Cube – Alat Penstriman Media Dan Juga Alat Kawalan Jauh Universal

Amazon Melancarkan Fire TV Cube – Alat Penstriman Media Dan Juga Alat Kawalan Jauh Universal
Jun 08
05:40 2018

Alat penstriman media adalah alternatif kepada langganan seperti Astro. Pengguna bebas memilih perkhidmatan untuk dilanggan, selain mempunyai kebebasan menikmati hiburan yang pelbagai. Amazon turut mempunyai alat penstriman media tersendiri – Amazon Fire TV dan juga Fire TV Stick. Kini dengan populariti pembantu maya, Amazon melancarkan Fire TV Cube yang merupakan gabungan Echo, Fire TV dan juga tambahan alat kawalan jauh universal.

Seperti Fire TV lain, Fire TV Cube perlu disambungkan melalui kabel HDMI. Membezakan Fire TV Cube dengan alat penstriman lain adalah ia mempunyai alat kawalan jauh secara terbina. Sekeliling peranti ini adalah sensor IR dan pengguna boleh tetapkan untuk selarikan peranti-peranti yang boleh dikawal dengan alat kawalan jauh infra-merah seperti televisyen, set teater rumah, penghawa dingin dan atau juga kipas. Selepas diselarikan, pengguna boleh kawal semua dengan arahan suara dan Alexa akan bantu untuk kawalan.

Seperti peranti Echo lain, Fire TV Cube hanya mempunyai 4 butang – dua butang kawalan suara, satu butang kuasa dan satu butang mematikan mikrofon. Peranti ini tidak mempunyai alat kawalan jauh lain, jadi pengguna boleh mengawal Fire TV Cube melalui Alexa daripada melaras suara sehingga menukar saluran. Fire TV Cube ini turut menyokong penstriman pada kualiti HDR10.

Amazon mula mengambil pra-tempahan hari ini di Amerika Syarikat dan dijual pada harga USD89.99 (~RM358) untuk pengguna Prime dan USD120 (~RM478) untuk pengguna biasa. Dengan Fire TV Cube kini pengguna boleh mempunyai pembantu maya dan juga alat penstriman media dalam satu peranti.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com