TechSemut Malaysia

Amazon Melancarkan Kedai Runcit Amazon Go

Amazon Melancarkan Kedai Runcit Amazon Go

Amazon Melancarkan Kedai Runcit Amazon Go
Disember 06
04:11 2016

Amazon baharu sahaja melancarkan kedai pertama dalam rangkaian kedai runcit Amazon Go dalam satu ruang niaga berukuran 1800 kaki persegi di Seattle, Amerika Syarikat. Kedai berkenaan tiada kaunter pembayaran, bermakna pelanggan tidak perlu beratu, sebaliknya cuma perlu mengambil barangan dan pergi.

amazon go

Amazon Melancarkan Kedai Runcit Amazon Go

Amazon Go berfungsi dengan menggunakan penglihatan dan sensor berkomputer yang mengesan barangan yang anda ambil dari kedai tersebut. Di pihak pelanggan, mereka perlu memuat turun aplikasi yang menjana kod QR dan kemudian menimbasnya di pintu masuk kedai untuk masuk ke kedai tersebut. Kemudian pelanggan membeli-belah seperti biasa dengan mengambil barangan dari rak barangan. Sensor yang diletakkan di seluruh kedai itu akan mengesan barangan yang anda ambil dan akan caj nilai barangan tersebut ke akaun Amazon pelanggan apabila mereka meninggalkan kedai.

Kedai Amazon Go menawarkan barangan yang biasa dijual di kedai runcit biasa seperti snek, minuman, makanan yang siap seperti sandwich dan salad serta barangan harian lain seperti roti dan susu. Ia juga akan menjual kit masakan yang membolehkan pelanggan  memasak makanan mereka sendiri.

Bagi pelanggan, manfaatnya jelas, mereka tidak perlu beratur panjang untuk membeli barangan. Bagi Amazon pula, mereka boleh mengesan tabiat membeli anda, mengetahui barangan yang anda ingin beli tetapi meletakkannya semula di rak dan mengesan pergerakan anda di dalam kedai melalui telefon pintar. Gabungkan kebolehan tersebut dengan tabiat belian atas talian melalui akaun Amazon, syarikat tersebut mempunyai data secukupnya untuk tampil dengan rekomen-rekomen produk yang lebih releven kepada pelanggan.

Buat masa ini Amazon Go sedang dalam peringkat pengujian beta bersama staf Amazon dan ia dijangka akan membuka pintu kepada pelanggan luar pada awal tahun 2017.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com