Kebiasaannya, kaedah menonton rancangan bersiri adalah dengan menonton mengikut turutan agar penonton mudah faham dan boleh mengikuti jalan cerita. Tetapi kadangkala kalau kita tonton siri TV kegemaran, macam saya adalah The Office dan Brooklyn Nine-Nine – saya gemar tonton secara rawak sekadar untuk menghilangkan rasa bosan. Tetapi saya perlu ke rancangan tersebut, pilih musim dan pilih episod, agak leceh.

Sebab itu, Netflix ada fungsi Play Sometyhing di mana sebelum pengguna tekan profil masing-masing boleh tekan butang ini untuk memainkan sesuatu rancangan secara rawak. Terkini, Amazon turut ingin hadir dengan ciri yang sama. Tetapi disebabkan antaramuka Prime Video yang sedikit berbeza dengan pesaing, ciri main secara rawak ini terhad mengikut musim sahaja. Bermakna, ia bukannya rawak untuk keseluruhan kandungan dalam Prime Video seperti Netflix – tetapi mengikut musim untuk setiap rancangan.

Buat masa ini, ia dilihat masih terhad kepada pengguna terpilih. Amazon mungkin akan tawarkan kepada umum tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.