TechSemut Malaysia

AMD Bakal Melancarkan CPU Ryzen Threadripper – Pemproses 16 Teras Dan 32 Bebenang Untuk Segmen HEDT

AMD Bakal Melancarkan CPU Ryzen Threadripper – Pemproses 16 Teras Dan 32 Bebenang Untuk Segmen HEDT

AMD Bakal Melancarkan CPU Ryzen Threadripper – Pemproses 16 Teras Dan 32 Bebenang Untuk Segmen HEDT
Mei 17
06:03 2017

Di acara AMD Financial Analyst Day 2017 yang baru sahaja berlangsung, pihak AMD membuat beberapa pengumuman yang besar. Pertama ialah kehadiran kad grafik berasaskan GPU Vega mereka, iaitu AMD Radeon Vega Frontier Edition, dan satu lagi ialah mengenai siri cip pemprosesan terbaru mereka, Ryzen Threadripper, yang dibina khusus untuk segmen High End Desktop (HEDT).

Jim Anderson, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar AMD mengatakan siri CPU Threadripper ini, yang dikatakan akan diberikan nama Ryzen 9 (R9) akan hadir dengan jumlah teras dan bebenang yang banyak. Khususnya, model yang paling berkuasa dari siri ini akan hadir dengan 16 teras dan 32 bebenang, yang mempunyai 4 teras lebih banyak daripada cip pemprosesan paling berkuasa dari Intel yang akan datang, iaitu Intel Core i9 7920X.

Menurut beliau juga, siri CPU Threadripper ini akan hadir pada musim panas tahun ini, dan maklumat tambahan mengenai platform ini akan hadir di acara Computex di Taipei nanti. Apa-apa pun, nampaknya AMD sudah sedia memberi saingan yang baik kepada pihak Intel, jadi ada juga kemungkinan besar kita akan dapat melihat peperangan harga yang menarik di segmen ini.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com