TechSemut Malaysia

AMD Mengumumkan Kad Grafik AMD Radeon Vega Frontier Edition – Untuk Kegunaan Pusat Data Dan Profesional

AMD Mengumumkan Kad Grafik AMD Radeon Vega Frontier Edition – Untuk Kegunaan Pusat Data Dan Profesional

AMD Mengumumkan Kad Grafik AMD Radeon Vega Frontier Edition – Untuk Kegunaan Pusat Data Dan Profesional
Mei 17
16:18 2017

Kad grafik AMD Radeon Vega merupakan salah satu kad grafik yang dinanti-nantikan kehadirannya. Jika prestasi cip pemprosesan komputer AMD Ryzen boleh dijadikan kayu pengukur, kehadirannya pasti akan memberikan saingan yang sengit bagi pihak NVIDIA di segmen kad grafik premium.

Di acara AMD Financial Analyst Day 2017, syarikat tersebut mengumumkan kehadiran kad grafik baru yang menggunakan cipset GPU Vega ini, dan ia dinamakan AMD Radeon Vega Frontier Edition. Tidak banyak maklumat yang diberikan mengenai kad grafik ini, selain daripada jumlah memori HBM2 yang akan digunakan, iaitu 16GB, dan juga penggunaan dua palam 8-pin kuasa PCIe untuk menguasakannya.

Sayang sekali, kad grafik Vega Frontier ini tidak dipasarkan untuk golongan gamer, tetapi mereka yang memerlukan kuasa grafik ini untuk tugas-tugas seperti rendering, pengumpulan data, dan sebagainya. Akan tetapi, untuk memuaskan hati orang ramai, mereka menunjukkan demo permainan video seperti Sniper Elite 4 dan Tomb Raider pada resolusi 4K, dan kedua-dua permainan video tersebut dilihat bergerak pada framerate melangkaui 60FPS.

AMD turut menyatakan bahawa kad grafik Vega Frontier ini akan hadir di pasaran antarabangsa pada hujung bulan Jun tahun ini; Buat masa ini, spekulasi mengenai kad grafik Vega untuk gaming dikatakan hanya akan hadir di acara COMPUTEX di Taipei nanti,

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com