AMD baru-baru ini mengurangkan harga pemproses desktop Ryzen 7 1800X daripada harga asal ketika pelancaran dari USD $ 499 (RM 2136.44)  kepada $ 469 (RM 2008.00) tetapi mengekal harga Ryzen 7 1700 dan Ryzen 7 1700X.

Tetapi baru-baru ini AMD turut menurunkan harga pada kedua-dua CPU tersebut. Ryzen 7 1700X kini berharga $ 349 (RM 1494.23) di pasaran online sekarang, turun daripada harga pelancaran sebanyak $ 399 (RM 1708.30). The Ryzen 7 1700 (bukan X) pula kini dijual pada $ 319 (RM 1365.78), turun daripada harga pelancaran sebanyak $ 329 (RM 1408.60). Kedua-dua penurunan harga ini boleh dikatakan akan membantu AMD bersaing dengan CPU Intel Core i7-7700K dan CPU Kaby Lake-X  yang akan datang iaitu Core i7-7740X dan i5-7640X.

Penetapan harga terbaru ini membuatkan AMD Ryzen 7 yang sangat popular menjadi lebih menarik kepada bakal pembeli. Terutamanya Ryzen 7 1700X kini lebih berbaloi selepas penurunan harga lebih dari RM 400.

Dengan lebih 100 model papan induk AM4 kini mudah didapati dan Ryzen 7 dijual kepada pengguna dengan harga yang berpatutan, pengguna boleh membina PC permainan dan produktiviti yang sangat berkuasa pada harga kurang daripada separuh berbanding dengan perkakasan Intel.

sumber : http://techoais.com/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.