AMD Ryzen Siri 5000 : MAHAL?

Setelah menunggu beberapa waktu, akhirnya pihak AMD telah mengumumkan harga rasmi bagi cip pemprosesan Ryzen 5000 Series yang terbaru untuk pasaran Malaysia. Kalau korang bercadang untuk mendapatkannya dalam masa terdekat, berita baik untuk korang ialah kesemua 4 jenis model akan memasuki pasaran Malaysia. Ini bermakna korang boleh mempunyai lebih banyak model untuk dipilih berdasarkan bajet dan spesifikasi pilihan masing-masing.

Secara spesifiknya, terdapat model Ryzen 9 5950X dilengkapi 16 CPU cores dengan 32 thread dan Ryzen 9 5900X dengan 12 CPU core dan 24 thread. Manakala bagi model Ryzen 7 5800X dilengkapi dengan 8 CPU core dan 16 thread serta model terakhir yang paling rendah dalam siri ini ialah Ryzen 5 5600X dengan 6 CPU core dan 12 thread.

Dari segi harga, kesemua model mempunyai harga yang sangat kompetitif iaitu:

AMD Ryzen 9 5950X berharga RM3699

AMD Ryzen 9 5900X berharga RM2499

AMD Ryzen 7 5800X berharga RM2049

AMD Ryzen 5 5600X berharga RM1349.

Bergantung kepada jenis model, harga yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia untuk Ryzen 5000 Series ini agak mahal berbanding harga pasaran di U.S. Secara amnya kita dapat melihat perbezaan harga diantara RM105 sehingga RM377 bagi setiap model.

Disebabkan pelancaran ini ialah untuk pasaran global, ini bermakna kesemua negara akan mendapat Ryzen 5000 Series ini pada waktu yang sama. Di Malaysia, siri ini akan dilancarkan secara rasmi pada pukul 10 malam 5 November 2020. Walaubagaimanapun, korang hanya boleh mendapatkan siri ini dikedai atau secara online pada 6 November 2020.

EDITOR – SAIFUL HAWARI

Write a Comment

view all comments

*