AMD Ryzen Threadripper 3960X Tertiris – CPU Berkuasa Dengan 24 Teras Diperlihatkan

AMD dikatakan akan mengumumkan siri CPU berkuasa mereka, AMD Ryzen Threadripper generasi ketiga pada bulan November kelak. Ura-ura mengatakan bahawa siri CPU ini akan hadir dengan jumlah teras dan bebenang kuasa yang cukup tinggi sekali.

Baru-baru ini, TUM_Apisak di Twitter telah memperlihatkan salah satu daripada model cip pemprosesan komputer ini yang dinamakan AMD Ryzen Threadripper 3960X akan hadir dengan 24 teras dan 48 bebenang kuasa.

Butiran lain seperti kelajuan CPU dan sebagainya masih tidak diketahui lagi, tetapi terdapat juga ura-ura lain bahawa ini merupakan model CPU Threadripper generasi ketiga yang paling rendah diantara semua model-model CPU yang dilancarkan.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, AMD akan hadir dengan pengumuman rasmi mengenai CPU ini tidak lama lagi, dan kami akan menunggu butiran-butiran rasmi mengenai siri CPU Threadripper generasi ketiga ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.