Berita Menarik

AMD ThreadRipper 1998X: 16C/32T @ 3.9GHz, 44 Lorong PCIe, Kemunculan Semula AMD Kepada Pasaran HEDT

Pembaca : 13
0 0

AMD sedang bersedia untuk meledakkan fikiran semua orang di Computex 2017 dengan mendedahkan dan memperincikan pemproses next-gen HEDT dan platform X399, iaitu pemproses ThreadRipper 1998X.

Usaha konsisten AMD untuk membuat kemunculan semula dalam pasaran CPU dan GPU akhirnya menunjukkan tanda-tanda yang memuaskan bagi pengguna yang ingin mengguna CPU ini. CPU AMD Ryzen adalah salah satu CPU yang tidak boleh dipandang ringan, ia menampilkan 8 teras pemproses, 16 threads dan penggunaan kuasa 65W TDP  yang rendah tetapi cekap.

Dan kini, platform AMD tyang terbaru untuk desktop ThreadRipper telah muncul. AMD Ryzen Threadripper akan menjadi CPU pengguna yang paling berkuasa yang pernah dibina.

CPU AMD ini tidak lama lagi dijangka akan berada pada platform HEDT X399 dan X399. Diberi nama kod Whitehaven, platform X399 dan Threadripper dijangka mungkin akan menganggu pasaran CPU Intel yang telah lama mendominasi industri CPU.

Menampilkan 16 teras dan 32 threads , Ryzen ThreadRipper dijangka untuk memberikan prestasi yang sama (atau lebih baik, menurut beberapa laporan) berbanding dengan produk Intel high end semasa. Ryzen Threadripper 1998X SKU akan mempunyai base clock 3.5GHz dan boost clock yang yang boleh sehingga 3.9GHz. Dengan TDP 155W dan saluran quad memori DDR4, SKU ini mempunyai 44 lorong PCIe.

sumber : http://techoais.com/

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.