Hampir setahun yang lalu, kerajaan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan Huawei untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi mereka kerana risau mengenai aktiviti pengintipan untuk kerajaan China.

Reuters kini melaporkan bahawa Jabatan Perdagangan Amerika sedang dalam proses memperkenalkan perubahan di dalam undang-undang untuk membenarkan Huawei bekerjasama dengan syarikat teknologi dan komunikasi Amerika untuk membangunkan piawaian teknologi rangkaian 5G untuk kemaslahatan sejagat.

Di arena telekomunikasi, Huawei merupakan di antara syarikat-syarikat terbesar yang sedang memperkasakan teknologi rangkaian 5G. Kedegilan Amerika Syarikat untuk tidak bekerjasama dengan Huawei dikatakan akan merugikan ramai pihak kerana mereka boleh dikatakan pemegang hakcipta dan pelbagai paten teknologi rangkaian 5G tersebut.

Kelonggaran undang-undang ini akan memudahkan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk membangunkan piawaian rangkaian 5G yang tidak begitu berat sebelah kepada Huawei disamping mempercepatkan pembangunan rangkaian tersebut di negara mereka.

Walaupun begitu, kerajaan Amerika menegaskan bahawa halangan penggunaan komponen dan perisian yang dibina menggunakan teknologi Amerika masih lagi dilarang oleh Huawei, dan masih belum diturunkan buat masa ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.