Amerika Syarikat Membuat Kawalan Eksport Kepada Pengeluar Cip Terbesar China – SMIC

Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini telah menambah beberapa syarikat dibawah senarai entiti halangan dagangan, dan terbaru ia dilaporkan Amerika Syarikat turut menambah Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) didalam senarai entiti dengan had kawalan eksport.

Dengan langkah ini, ia sekaligus menghalang interaksi antara syarikat dan perusahaan dari Amerika Syarikat untuk berurusan dengan firma China berkenaan, melainkan mempunyai lesen khusus untuknya.

Ia dikatakan teknologi SMIC mungkin digunakan untuk tujuan ketenteraan di China. Apa pun, menurut pihak SMIC, mereka hanya menawarkan cip dan perkhidmatan untuk orang awam dan penggunaan komersil sahaja.

SMIC turut mengatakan masih belum menerima pengesahan rasmi berkaitan halangan dagangan ini.

Ia dikatakan Jabatan Perdagangan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan surat kepada syarikat cip di Amerika untuk perlu mempunyai lesen khas sebelum mengeksport teknologi kepada pihak SMIC.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah menyenarai-hitamkan sejumlah firma di China, termasuk Huawei. Kita mungkin akan dapat melihat impak pihak China membuat lawan kembali disebabkan halangan ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*