Amerika Syarikat Mungkin Tidak Akan Melanjutkan Tempoh Dagangan 90 Hari Kepada Huawei

Tempoh dagangan yang dilanjutkan selama 90 hari kepada Huawei akan berakhir pada November ini bagi membolehkan tampalan sekuriti dan sokongan diberikan kepada kelengkapan yang dibeli oleh Huawei. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Amerika Syarikat berkemungkinan besar tidak akan lagi memberikan tempoh lanjutan selepas bulan tersebut.

Bloomberg memetik kenyataan Rob Strayer yang merupakan timbalan setiausaha Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat yang mengatakan lesen perdagangan sementara tidak akan diberikan selama-lamanya. Sebanyak 130 syarikat A.S seperti Intel dan Qualcomm telah memohon lesen perdagangan sementara ini selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana dituduh melakukan intipan ke atas Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat juga akan menghukum negara sekutu yang terus menggunakan teknologi 5G milik Huawei walaupun selepas diberikan amaran. Antara hukuman yang dilakukan ialah A.S tidak akan lagi bersetuju berkongsi maklumat perisikan kerana ia mungkin dipintas oleh Beijing.

Berita pagi ini pastinya tidak enak didengari oleh pengguna peranti Huawei. Sekiranya Washington mengesahkan tiada lagi lanjutan selepas November, peranti mungkin tidak akan lagi menerima sokongan sistem operasi dan terpaksa berubah ke HongMeng OS.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*