Among Us 2 Dibatalkan – Pembangun Komited Penambahan Kandungan Kepada Permainan Sekarang

Jikalau Fall Guys adalah permainan terkenal pada bulan Ogos 2020, Among Us pula adalah untuk bulan September 2020. Mekanik sosial sebagai krew kapal angkasa untuk mencari penyamar yang sebenar sebelum beliau mula membunuh semua pemain untuk menang.

Pembangun permainan ini, Innersloth mengumumkan rancangan untuk sekuel permainan ini, Among Us 2 pada bulan lepas. Namun atas sebab letupan jumlah pemain secara tiba-tiba bulan ini, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan.

Maka, studio pembangun membuat keputusan untuk menggunakan kandungan baharu yang sepatutnya untuk Among Us 2 kepada permainan sedia ada sekarang.

Menariknya, ledakan jumlah pemain ini berlaku pada bulan ini, 2 tahun selepas permainan ini dilancarkan pada Julai 2018.

Semestinya satu tindakan yang terpuji buat Innersloth, mereka boleh sahaja lancarkan sekuel untuk naikkan jumlah kutipan jualan, namun atas jumlah pemain yang besar pada permainan sedia ada, mengekalkan jumlah pemain lebih penting untuk kekal relevan.

Among Us boleh dimain di PC (Steam) pada harga RM12.50 dan juga di platform iOS atau Android secara percuma.

Sumber: Gamer Matters.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*