TechSemut Malaysia

Anda Boleh Bermain The Division Secara Percuma Pada Hujung Minggu Ini

Anda Boleh Bermain The Division Secara Percuma Pada Hujung Minggu Ini

Anda Boleh Bermain The Division Secara Percuma Pada Hujung Minggu Ini
Mei 05
06:51 2017

Jika anda masih lagi belum bermain permainan The Division, kini anda boleh mencubanya dengan percuma pada hujung minggu ini.

Anda akan dapat bermain keseluruh permainan (Full Game!!!) pada hujung minggu ini dan bukan hanya terhad pada 6 jam masa permainan atau sehingga Level 8 yang ada sekarang.

The Division boleh didapati secara percuma pada PlayStation 4, PC dan Xbox One. Pemain akan mempunyai akses kepada versi edisi standard kandungan permainan, termasuk co-op dan ciri-ciri Dark Zone.

Waktu bermulanya muat turun percuma ini berbeza mengikut time zone tempat anda berada dan platform yang anda gunakan. Ini adalah gambarajah waktu tersebut:-

Jika anda ingin membeli The Division selepas mencuba permainan ini secara percuma pada hujung minggu tersebut, anda boleh membelinya pada harga diskaun sehingga 65%. Tawaran ini sah sehingga 15 Mei pada semua platform, dan segala progress yang anda buat akan dibawa kepada permainan yang telah dibeli tersebut.

Untuk pada yang belum tahu, The Division ialah permainan yang berlaku beberapa minggu selepas satu wabak penyakit yang dahsyat yang menjangkiti penduduk bandaraya New York City. The Division iala unit ejen taktikal, ditugaskan untuk menyelamatkan penduduk yang berada di sana. Ia adalah sebuah permainan dunia terbuka RPG dengan unsur-unsur multiplayer , dan kini The Division telah memasuki tahun kedua semenjak ia pertama kali berada dipasaran.

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com