Share Button

Pengarca menghasilkan ukiran menggunakan bahan medium fizikal seperti batu, tanah liat, besi, dan kayu. Tapi, Sony Xperia XZ1 yang baru dilancarkan ini membolehkan anda mengjadi pengarca digital hanya dengan memegang telefon.

Xperia XZ1 adalah flagship terbaru daripada Sony yang dilancarkan di IFA 2017 tidak lama dulu. Ia adalah Android Oreo pertama di Malaysia. Pada rupa parasnya, tidak banyak perubahan boleh dilihat berbanding model Xperia yang lain kecuali pada beberapa bahagian tertentu.

Misalnya, Xperia XZ1 ditempa daripada sebongkah alumunium yang menjadikannya lebih rintang terhadap kelenturan.

Pada paparannya, pengguna boleh menemui panel LCD 5.2″ berolusi HD 1080p dengan teknologi HDR terterap padanya. Lebih menarik, daripada segi audio, siri Xperia X adalah satu-satunya flagship yang ada speaker stereo menghadap kedepan.

Pada papan utama, Xperia XZ1 dikuasakan cip Snapdragon 835 beserta RAM sebesar 4GB. Storan 64GB, jika tidak mencukupi boleh diperbesar melalui slot mikro-SD/SIM hibrid.

Yang mengecewakan adalah kapasiti baterinya yang agak kecil. Sedang semua flagship jenama lain memeliki bateri melebihi 3,000mAh, Sony hanya memuatkan 2,700mAh pada XZ1. Sungguhpun begitu, terdapat pengecasan pantas untuk mengimbangi kekurangan itu.

Bahagian optikal XZ1 tidak banyak perubahan berbanding sebelum ini. Pada bahagian belakang ada sensor 19MP TrueMotion berapertur F2.0. Anda boleh menangkap video 960fps pada resolusi 720p. Kamera depan pula menggunakan sensor 13MP dan memiliki fungsi fokus.

Berbalik kepada pengarca digital, 3D Creator adalah sesuatu yang unik pada XZ1. Menggunakan kamera belakang, ia akan mengimbas satu objek fizikal dan menghasilkan model 3D digital objek tersebut.

Xperia XZ1 akan mula dijual di penghujung September ini pada harga RM2,999. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Untuk kelas pertengahan, Sony menghantar Xperia XA1 Plus. Walaupun tidak sehbat XZ1, ia memiliki bateri yang lebih besar iaitu 3,430mAh dan boleh dicas pantas menggunakan teknologi MediaTek PumpExpress+ 2.0.

Pada papan utama, pengguna akan menemui cip MediaTek Helio P20, RAM 4GB, dan storan 32GB (boleh diperbesar). Bahagian paparan pula menggunakan panel LCD 5.5″ HD 1080p.

Sensor 23MP F2.0 menjadi komponen optikal kamera belakang XA1 Plus. Ia dibantu oleh pembidik fokus hibrid dan penstabil imej SteadyShot. Kamera depan pula sekuasa 8MP dan turut memiliki penstabil imej SteadyShot.

Xperia XA1 Plus dijual pada harga RM1,499 bermula Oktober 2017. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.