TechSemut Malaysia

Anda mampu miliki 3 telefon ini pada harga kurang RM400

Anda mampu miliki 3 telefon ini pada harga kurang RM400

Disember 05
15:57 2017
Share Button

Jika anda mempunyai bajet yang ketat tapi memerlukan sebuah telefon pintar, tiga model ini mampu diperoleh pada harga kurang RM400.

Bagaimanapun, keduanya datang bersama pelan Digi Postpaid 48 yang bermakna anda perlu membayar jumlah bulanan sebanyak RM48 saja dengan data diberikan berjumlah 3GB sebulan di samping 100 minit berbual ke semua rangkaian.

Model tersebut termasuk ZTE Blade V7 Lite, Vivo Y53 dan Samsung J3 Pro.

ZTE Blade V7 Lite menggunakan prosesor MediaTek MTK6735P quad core 1.3GHz selain RAM 2GB serta storan 16GB malah tersedia dengan ciri pengesan cap jari.

Ia mempunyai skrin 5-inci tersedia untuk tatapan pengguna manakala kameranya pula 13 megapiksel bersama kamera depan 8 megapiksel. Model ini dikeluarkan pada tahun lepas.

Untuk membeli fon ini, anda perlu menyediakan RM207 sebagai bayaran keseluruhan manakala RM48 bulanan berdasarkan pelan Digi tadi.

Model kedua pula Vivo Y53 pula mempunyai kamera 8 megapiksel manakala kamera depan pula 5 megapiksel dengan sokongan tiga slot untuk dua kad sim serta satu microSD.

Telefon ini mempunyai bateri 2500mAh dan pengguna perlu membayar sebanyak RM347 secara keseluruhan bagi mendapatkan fon ini selain bayaran bulanan berjumlah RM48.

Manakala model ketiga pula Samsung Galaxy J3 Pro yang mempunyai RAM 2GB bersama storan 16B dengan kamera utama 13 megapiksel dan 5 megapiksel bagi kamera depan.

Harga keseluruhan yang perlu dibayar untuk Samsung J3 Pro ialah RM395.

ZTE Blade V7 Lite

Digi Postpaid 48

Bayaran pendahuluan: RM48

Pendahuluan: RM0

Bulanan: RM48

Harga peranti: RM159

Bayaran muka: RM0

Bayaran keseluruhan: RM207

Samsung J3 Pro

Bayaran pendahuluan: RM48

Pendahuluan: RM0

Bulanan: RM48

Harga peranti: RM299

Bayaran muka: RM0

Bayaran keseluruhan: RM395

Vivo Y53

Bayaran pendahuluan: RM48

Pendahuluan: RM0

Bulanan: RM48

Harga peranti: RM299

Bayaran muka: RM0

Bayaran keseluruhan: RM347

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com