Anda tak perlu ‘timer’ ketika rakam gambar beramai-ramai dengan Samsung Galaxy Note9

Share Button

Anda gemar merakam gambar beramai-ramai kan? Pernah cuba Samsung Galaxy Note9?

Letak fon dalam tripod kerana kalau nak rakam lebih dari 3 orang atau sehingga 20 orang sekalipun mungkin memerlukan fon diletakkan dalam tripod atau anda boleh harapkan orang lain yang tiada kena mengena untuk menangkap gambar untuk anda.

Tak perlu. Itulah kuasa yang ada pada S Pen dalam Samsung Galaxy Note9 ini.

S Pen terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah bluetooth untuk beberapa kegunaan. Misalnya, ia boleh menjadi butang shutter untuk kamera yang diletakkan sejauh 10 meter di atas tripod untuk merakam gambar.

Jadi anda tidak lagi perlukan timer dan berlari masuk dalam barisan untuk bergambar. Tekan saja sekali untuk rakam.

Atau tekan dua kali butang pada S Pen untuk tukar dari kamera depan ke kamera belakang.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*